View: 16013|Reply: 0
|
[Dunia]
Permintaan nak ubah jadual tak dilayan, cikgu lelaki ugut cikgu wanita guna pisau
[Copy link]
|
|
Seorang guru lelaki ditahan polis selepas didakwa mengugut seorang guru wanita menggunakan pisau di sebuah sekolah, pada Selasa.
Kejadian berpunca daripada permintaan suspek yang mahu jadual kelas pendidikan jasmani (PJ) ditukarkan dari tengah hari ke pagi.
Permintaan tersebut dipenuhi oleh pihak sekolah, namun pengumuman mengenainya tertunda kerana cuti panjang.
"Dia menganggap permintaannya tidak dilayan, lalu bertindak mengugut menggunakan pisau," kata pengetua sekolah berkenaan.
Kejadian berlaku di sebuah sekolah menengah di Palembang, Indonesia.
Pengetua memaklumkan kejadian berlaku di bilik guru dan dia sendiri menyelesaikan masalah berkenaan.
Bagaimanapun, keadaan menjadi semakin tegang sehingga pihak sekolah terpaksa menghubungi polis.
Polis yang tiba di lokasi menemukan senjata tajam yang disembunyikan suspek di dalam poketnya.
Ketua Polis Ilir Barat 1 Palembang, Ricky Mozam berkata, suspek sudah ditahan dan didakwa atas kesalahan pemilikan senjata tajam.
"Suspek ditahan dan kini masih dalam siasatan lanjut, termasuk laporan mengenai ugutan menggunakan senjata tajam," kata Ricky.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|