View: 10637|Reply: 10
|
Isteri Along Cham Dihantui Saat Paling Gelap
[Copy link]
|
|
Isteri Along Cham iaitu Afreena Suhaimi membuat luahan isi hati mengenai pengakhiran kisah rumah tangganya bersama pelawak sensasi itu.
Dalam hantaran dalam Instagram, Afreena berkongsi mengenai tempoh tujuh minggu terakhir yang menguji dirinya, namun pada masa sama memberi kekuatan.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202502/05/172004pjee9iri8rv7eqqe.jpg) IG
"Afreena yang dahulunya seorang yang ceria, penuh warna-warni, periang, ramah dan suka bergurau, kini berubah menjadi seseorang yang tidak lagi mengenali dirinya sendiri.
"Terperangkap dalam titik terendah kehidupan, dihantui oleh saat-saat paling gelap yang meninggalkan kenangan pahit, menyakitkan dan mencengkam jiwa.
"Saat-saat sukar mengajar aku lebih banyak daripada yang pernah aku fahami sebelum ini. Kekuatan aku bukan datang dari kemenangan, tetapi dari setiap perjuangan dan kepayahan yang aku lalui sepanjang enam hingga tujuh minggu terakhir ini," tulisnya.
Afreena tidak menafikan dalam rumah tangga, kedua-dua mereka ada kelebihan dan kekurangan.
"Suamiku, aku mungkin bukan isteri yang sempurna. Kadangkala aku berkata perkara bodoh, ketawa pada waktu tidak sepatutnya dan melakukan kesilapan mencetuskan perbalahan antara kita.
"Kita berdua bukan insan yang sempurna. Kita memulakan perjalanan ini dengan indah, jatuh dan bangun bersama, hanya kita berdua benar-benar memahami pahit manisnya.
"Kita pernah rapuh, hampir terpisah, namun kita memilih untuk bertahan kerana kita percaya bahawa ini adalah ujian besar daripada Allah SWT.
"Aku masih ingat kata-katamu, 'Sayang, Allah tidak melihat bagaimana kita bermula, tetapi Allah melihat bagaimana kita mengakhiri kehidupan ini," tulisnya.
Hantaran itu turut disertakan dengan doa buat kesejahteraan Along dalam kehidupannya.
"Hubungan kita pernah berada di titik paling rentan dan hanya Allah yang mengetahui apa yang berlaku. Namun, aku bersyukur dan berterima kasih kerana Allah mengurniakan aku seorang suami sepertimu.
"Tiada kata dapat menggambarkan betapa aku menghargai setiap pengorbananmu sebagai suami dan ayah. Aku mendoakan agar Allah membalas segala kebaikanmu di dunia dan akhirat. Engkau adalah pengalaman paling berharga dalam hidupku.
"Semoga Allah mempermudahkan perjalanan kita selepas ini dan memberikan yang terbaik buat kita berdua," tulisnya.
Menutup coretan itu, Feena akan meneruskan perjalanan kehidupan dan memberikan tumpuan kepada karier serta anak-anak.
"Dan untuk diriku sendiri? Setiap permulaan baru lahir daripada pengakhiran lain. Karier dan anak-anakku adalah keutamaanku.
"Walau sesukar mana pun masa lalu, aku akan pastikan perubahan berlaku dan memulakan sesuatu yang baru. Yang melangkah pergi, Feena Suhaimi," tulisnya.
Pada minggu lalu, Along ditemui media di perkarangan luar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk tujuan memfailkan dan mengesahkan lafaz cerai taklik terhadap Afreena.
Sumber- Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Apalah yg sedap sgt si Along tu?? Minah ni punya merentan, mengalahkan dpt kawin dgn Patah Aming! Si Along tu dah hina dia, tuduh dia mcm2, disregard segala effort masa dia dlm jail, panggil mcm2, kata dia curi duit, sorokkan myKad, tuduh berjimak dgn jantan lain smp bunting then gugur, kau still nak lagi? Meratib ratib lagi? What a doormat. Kata terpelajar, kata kerja gaji mahal. Ni je pengakhiran nya? Mungkin la Along nya pensil 7 inci. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kuin-Kepam at 6-2-2025 01:27 AM
Wuih panjangnya karangan...dah cam buat thesis nak masuk Imperial College pulak.
Nok kawen zaman skg 4 bab je kemungkinan menunggu.. samaada kaki penumbok, bewak, kaki lubang atau taik dadah!
![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 6-2-2025 01:16 AM
Apalah yg sedap sgt si Along tu?? Minah ni punya merentan, mengalahkan dpt kawin dgn Patah Aming! Si ...
I speku sbb she nk bersihkan nama dia je tu berlakon ala ala isteri plg baik teraniaya |
|
|
|
|
|
|
|
pnjg sgt nk baca..tp mmg nmpk syg betul dia dkt suami dia![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 6-2-2025 01:16 AM
Apalah yg sedap sgt si Along tu?? Minah ni punya merentan, mengalahkan dpt kawin dgn Patah Aming! Si ...
retisss sisthurrr...lepas ni belun tentu dpt kawin dgn retisssss lagi![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 6-2-2025 01:53 AM
Bukan tu je.
Laki dia tu "men" katanya, bukan "man"
Apa makna "seperate" yg dia tulis tu...
Mngkin sb iols skolah kampung ulu banat... |
|
|
|
|
|
|
|
Dunia artis ni banyak drama lakonan.
Kdg baca boleh percaya tu kena perhalusi lagi |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulilah masih ingat Allah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|