View: 25840|Reply: 9
|
Ibu Dakwa Anak Terjun Bangunan Kerana Dibuli, Dipaksa Jilat Tempat Duduk Tandas
[Copy link]
|
|
Ibu remaja lelaki yang mati selepas terjatuh dari bangunan flat kediaman mereka mendakwa anaknya membunuh diri akibat tidak tahan dibuli.
Menerusi laman Instagram, wanita berkenaan mendakwa anaknya, Mihir Ahammed, 15, dipukul, didera secara lisan dan dipaksa menjilat tempat duduk tandas.
NDTV
"Selepas kematiannya, saya dan suami mula mengumpul maklumat untuk memahami mengapa Mihir mengambil langkah drastik tersebut.
"Bukti yang kami kumpulkan menggambarkan gambaran yang menyedihkan. Mihir telah dipukul, didera secara lisan, dan dipaksa untuk menanggung penghinaan yang tidak dapat dibayangkan walaupun pada hari terakhirnya.
"Dia secara paksa dibawa ke tandas, disuruh menjilat tempat duduk tandas, dan kepalanya ditolak ke dalam tandas semasa dicurah air," tulisnya.
Mihir meninggal dunia pada 15 Januari lalu selepas dia dilaporkan terjun dari flat mereka di tingkat 26 di Thripunithara Kochi, India.
Kejadian berlaku kira-kira satu jam selepas dia pulang dari sekolah.
Polis telah mengklasifikasi kes berkenaan sebagai bunuh diri.
Ibu mangsa juga berkata, dia telah menulis surat kepada pejabat Ketua Menteri, Pinarayi Vijayan dan Ketua Polis Kerala bagi meminta siasatan segera dan tidak berat sebelah ke atas kematian anaknya.
Sumber- mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Ni msti sbb kasta..yindia dgn kasta ni extreme sgt sgtttt |
|
|
|
|
|
|
|
selain kasta, kat India pun Islamophobia diorg sgt kuat. sbb tu India antara penyokong terkuat Israel, sbb diorg pun bercita2 nak hapuskan org Islam mcm zionist Israel buat kt Palestin tu |
|
|
|
|
|
|
|
ya Allah, kesiannya..
semoga Allah memberikan rahmat dan kasih sayang Nya pada arwah..aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
ape rapek
siapa la yang ngajo buli2 ni
adoi la
|
|
|
|
|
|
|
|
Sakit hati aku baca.....kejam buli ni semua |
|
|
|
|
|
|
|
jenayah camtu ... macam normal jer kat India... boleh layan movie India, terutama india selatan... macam2 kes ada....
#kakimovietamil |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih pula baca insiden seperti ini |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga sipelaku mendapat hukuman yang setimpal |
|
|
|
|
|
|
| |
|