CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6943|Reply: 0

[Sarawak] Kebakaran musnah dua rumah di Batu Kawa dan Kampung Semariang Batu

[Copy link]
Post time 3-2-2025 01:58 PM | Show all posts |Read mode




Sebuah rumah di Kampung Semariang Batu musnah dalam kebakaran semalam.

KUCHING: Dua buah rumah kediaman musnah terbakar dalam insiden berasingan di Kampung Semariang Batu dan Batu Kawa pada Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan bagi insiden pertama sekitar jam 6.55 petang yang melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal.

“Kebakaran itu memusnahkan 100 peratus bangunan terbabit namun ia tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa," katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, pasukan bomba membuat pemadaman menggunakan satu aliran dengan sumber air dari pili bomba berhampiran.



Kebakaran di Jalan Chong Jin Chong, Batu Kawa memusnahkan 100 peratus bangunan terbabit namun ia tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Sementara itu, insiden kedua pula diterima sekitar jam 7.04 malam Ahad melibatkan sebuah rumah dua tingkat di Jalan Chong Jin Chong, Batu Kawa di sini.

Katanya, kebakaran yang melibatkan rumah jenis separuh kekal serta tidak berpenghuni itu telah musnah hampir 100 peratus ketika bomba tiba di lokasi.

Pihak bomba katanya, melakukan aktiviti pemadaman terhadap rumah seluas 30x40 kaki persegi terbabit sehingga kebakaran dipadamkan sepenuhnya.

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu dan operasi ditamatkan pada jam 7.28 malam,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.055268 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list