CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8842|Reply: 0

Qatar gesa rundingan segera fasa kedua gencatan senjata Gaza

[Copy link]
Post time 3-2-2025 11:29 AM | Show all posts |Read mode

Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thani (kanan) berjabat tangan dengan Menteri Luar Turki Hakan Fidan, selepas memberikan sidang media bersama di Qatar pada 2 Februari 2025. FOTO AFP/KARIM JAAFAR

Ankara: Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, pada Ahad menggesa Israel dan Hamas untuk segera memulakan rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Kami menekankan kepentingan semua pihak untuk mematuhi sepenuhnya semua syarat perjanjian gencatan senjata di Gaza serta memulakan rundingan fasa kedua," katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan di Doha.

"Seharusnya tidak ada kompromi untuk melibatkan diri dalam rundingan fasa kedua," tambahnya.

Sheikh Mohammed berkata rundingan mengenai fasa kedua perjanjian Gaza dijadualkan bermula pada Isnin.

(Tetapi) tiada butiran jelas mengenai ketibaan delegasi dan permulaan rundingan, dan kami tidak sabar untuk melihat beberapa pergerakan dalam beberapa hari akan datang," tambahnya.

Perdana Menteri Qatar itu menekankan kepentingan komitmen kedua-dua pihak untuk melibatkan diri dengan niat baik.

Mengenai cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza, Sheikh Mohammed menegaskan semula penolakan tegas Qatar terhadap sebarang pemindahan paksa.

"Kami terlibat dengan pentadbiran Trump dan kami berharap tidak akan ada perselisihan faham," katanya sambil menekankan komitmen negaranya untuk memastikan rakyat Palestin kekal di tanah mereka.

Semasa mesyuarat menteri Arab di Kaherah pada Sabtu, Sheikh Mohammed mengulangi penentangan kuat Qatar terhadap sebarang percubaan untuk mengeluarkan rakyat Palestin secara paksa dari Gaza.

Pada 19 Januari, fasa pertama perjanjian gencatan senjata selama enam minggu antara Hamas dan Israel mula berkuat kuasa, yang membolehkan rundingan diteruskan bagi fasa seterusnya.

Perjanjian itu dimediasi oleh Mesir dan Qatar dengan sokongan AS.

Perjanjian gencatan senjata tiga fasa itu merangkumi pertukaran tahanan serta mengekalkan ketenangan, dengan matlamat utama untuk mencapai gencatan senjata sepenuhnya dan pengunduran tentera Israel dari Gaza.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.030111 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list