CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9355|Reply: 0

[Sarawak] ​​​​​​​Jumlah mangsa banjir di Sarawak masih melebihi 10,000 orang

[Copy link]
Post time 3-2-2025 10:47 AM | Show all posts |Read mode


Keadaan di PPS Kem Belia Mukah

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih melebihi 10,000 orang meskipun situasi banjir beransur pulih.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), setakat jam 4 petang tadi, jumlah mangsa banjir di 49 PPS yang masih dibuka adalah seramai 10,973 orang.

Di bahagian Samarahan, terdapat sembilan PPS masih dibuka dengan jumlah mangsa seramai 1,487 orang.

Manakala di bahagian Serian, jumlah mangsa banjir kini seramai 1,557 orang yang ditempatkan di 11 PPS.

Di bahagian Sibu pula, enam PPS masih dibuka menempatkan seramai 1,173 mangsa.

Manakala di bahagian Mukah, tiga PPS masih dibuka menempatkan seramai 89 mangsa dan di bahagian Miri masih terdapat 12 PPS dibuka menempatkan seramai 1,288 mangsa.

Di bahagian Bintulu, situasi banjir semakin beransur pulih dengan lapan PPS masih dibuka menempatkan seramai 5,075 mangsa.

Dalam pada itu, sebanyak 14 PPS ditutup setakat jam 4 petang tadi iaitu PPS Kampung Long Busang, PPS Dewan Mesra Simunjan, PPS Rumah Steven di Tatau serta PPS Dewan Kampung Lintang Baru, PPS Masjid Kampung Lintang Baru, PPS SK Tanah Merah dan PPS Balai Raya Kampung Kanowit Betong di Siburan.

Turut ditutup PPS Balai Raya Kampung Ensebang, PPS Dewan SALCRA Kedup 2 dan PPS Dewan Serba Guna Rimba Padi di Serian, PPS Kampung Endap, PPS Dewan Kampung Entingan dan PPS Balai Raya Kampung Nangka di Samarahan.

Selain PPS banjir, turut dibuka tiga PPS di Miri dan Bintulu yang menempatkan mangsa tanah runtuh dan satu PPS untuk mangsa kebakaran di Sibu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.396452 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list