CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16126|Reply: 35

[Tempatan] Kilang Padi Bumiputera Terbesar Gulung Tikar Selepas 57 Tahun

[Copy link]
Post time 2-2-2025 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 1-2-2025 07:26 PM



Kilang Padi Bumiputera Terbesar Gulung Tikar Selepas 57 Tahun2/02/2025 10:50:00



"Lonjakan harga belian padi itu berikutan daripada persaingan oleh pengilang-pe­ngilang besar bukan bumiputera." - Marzukhi Othman

KANGAR: Kilang padi bumipu­tera terbesar di negeri ini yang beroperasi sejak 57 tahun lalu bakal gulung tikar selepas tidak mampu lagi menanggung kerugian jutaan ringgit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kilang Dibuk Sdn. Bhd. yang sebelum ini memberi kemudahan kepada lebih 10,000 petani di negeri ini bagi menjual hasil tuaian mereka sudah tidak mampu lagi bertahan berikutan tekanan lonjakan harga belian padi yang tinggi di sebalik harga beras masih rendah.

Malah, dalam tempoh dua tahun, kilang padi berkenaan diusahakan Marzukhi Othman yang cukup terkenal di Perlis itu sudah mengalami kerugian lebih RM10 juta membabitkan kesemua tiga kilang miliknya.

Dua daripada tiga kilang itu sudah menutup operasi dengan satu lagi bakal ‘bungkus’.

Kesemua kilang Dibuk Sdn. Bhd. tersebut mampu mempro­ses sehingga 30,000 tan metrik semusim dengan membabitkan 78 pekerja.

Marzukhi yang juga Pengarah Urusan Dibuk Sdn. Bhd. berkata, pihaknya sudah tidak mampu lagi bertahan dengan tekanan lonjakan harga belian padi daripada petani yang satu ketika pernah mencecah hampir RM2,000 per tan metrik.

Katanya, lonjakan harga belian padi itu berikutan daripada persaingan oleh pengilang-pe­ngilang besar bukan bumiputera yang turut menguasai pasaran beras borong bagi mendapatkan bekalan padi.

“Pengilang yang mempu­nyai rangkaian pengedaran beras ber­kenaan kebiasaan mencampurkan beras tempatan yang dibeli dengan harga kawalan de­ngan beras import dan kemudian dijual sebagai beras import dengan harga yang tidak dika­wal seterusnya mengaut keuntungan berlipat ganda.

“Dengan keuntungan yang besar daripada manipulasi beras tempatan dijadikan beras import ini, mereka gunakannya untuk menaikkan harga padi di lapangan dan secara langsung membunuh pengilang seperti kami yang tidak mahu menipu pengguna dengan menjual beras tempatan sebagai beras import.

“Dengan kos harga padi yang tinggi, kos elektrik, diesel, ‘rubber roller’, ‘jumbo beg’ dan gaji serta alat ganti yang saban tahun meningkat menyebabkan kami tidak mampu lagi untuk melunaskan hutang bank,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, pengilang-pengilang padi mendakwa sudah tidak mampu lagi menanggung kerugian mencecah sehingga RM900 juta setahun ekoran harga belian padi tinggi disebalik harga beras pula masih rendah.

Beras tempatan masih kekal pada harga RM26 bagi 10 kilogram yang tidak pernah dise­mak sejak 16 tahun lalu iaitu harga belian padi sekitar RM950 per tan metrik ketika itu.

Tambah Marzukhi yang juga Pengerusi Gabungan Pengilang-Pengilang Beras Malaysia, daripada 127 kilang bumiputera yang aktif sejak 1998 namun kini hanya tinggal sembilan masih bertahan dan menunggu masa gulung tikar.

Katanya, kilang-kilang bumiputera yang tinggal itu hanya menunggu masa ‘bungkus’ sekiranya tiada langkah diambil dalam menangani dasar yang sudah tidak relevan iaitu kawalan harga beras putih tempatan, manakala beras putih import tidak dikawal harga siling.

“Pihak berkuasa dalam industri padi juga diminta untuk tidak lagi mengeluarkan dan membenarkan pusat pusat belian padi berlesen di dalam lingkungan 20 kilometer dengan kilang.

“Pelesen-pelesen ini lah merupakan orang tengah yang ditaja oleh kilang besar dalam membolot padi walaupun di luar kawasan mereka disamping menaikan kos untuk mengeluarkan beras,” katanya.



https://www.utusan.com.my/berita/2025/02/kilang-padi-bumiputera-terbesar-gulung-tikar-selepas-57-tahun/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2025 01:26 PM | Show all posts
Rakyat demand nak beli beras tempatan tapi tak jumpa kat kedai.

Tauke beras tempatan pula kata business beras rugi, nak tutup kilang.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mana tu beras tempatan 26 hengget/ 10kg??
Semua dah label super import walaupun nasi benyek macam tapai..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 01:55 PM | Show all posts
“Pengilang yang mempu­nyai rangkaian pengedaran beras ber­kenaan kebiasaan mencampurkan beras tempatan yang dibeli dengan harga kawalan de­ngan beras import dan kemudian dijual sebagai beras import dengan harga yang tidak dika­wal seterusnya mengaut keuntungan berlipat ganda.


Kerjaaan siasatlah dakwaan ini. Memang betulkah terjadi
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah dia ni sebesar alam dkt tepi highway Changlun-Kuala Perlis. Xpe. Kilang tutup RORO ada lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 2-2-2025 02:20 PM
Rumah dia ni sebesar alam dkt tepi highway Changlun-Kuala Perlis. Xpe. Kilang tutup RORO ada lagi.

Tiga tingkat kannn.....
Dia dok kat bawah je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2025 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 2-2-2025 02:20 PM
Rumah dia ni sebesar alam dkt tepi highway Changlun-Kuala Perlis. Xpe. Kilang tutup RORO ada lagi.


Aku kalau kaya mcm dibuk ni, xnak la buat rumah dah mcm mahligai gitu
Boleh sesat wooo!
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 03:20 PM | Show all posts
bumiputra dlm bisnes kalau tiada sokongan kerajaan akan cepat mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2025 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Radzor at 2-2-2025 03:46 PM

yaaa itu lah ceritanya. susah nak compete kalau jujur dalam bisnes. "kebiasaan dicampur beras tempatan dengan beras import". sejak syed bukhari di cantas.

24 November 2022
Beliau telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah mendapat sokongan majoriti ahli dewan rakyat

Disember 6, 2022
Isu monopoli beras: Tiada niat roboh empayar Syed Mokhtar, jangan politikkan - PM

bagi dia 2 minggu je bang. dah target awal kot dgn geng² dia pasaran beras ni.. sapa boleh bezakan butir beras tempatan dgn import, melainkan yang jujur saja asingkan packaging. mana beras tempatan,  semua jadi import. jadah peniaga menipu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 2-2-2025 01:55 PM
Kerjaaan siasatlah dakwaan ini. Memang betulkah terjadi

Orang dalam kerajaan jugak hantunya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Momohizan replied at 2-2-2025 07:21 PM
Orang dalam kerajaan jugak hantunya.

elok jer gomen la ni...orng gomen dulu ke 'buat'???
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 2-2-2025 02:20 PM
Rumah dia ni sebesar alam dkt tepi highway Changlun-Kuala Perlis. Xpe. Kilang tutup RORO ada lagi.

umah kaler ijau sebiji dia yg kaler ijau tu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 2-2-2025 02:20 PM
Rumah dia ni sebesar alam dkt tepi highway Changlun-Kuala Perlis. Xpe. Kilang tutup RORO ada lagi.

Ex banker ke heols nyah.. nama cam kawan bapak iols je
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
b_n_c replied at 2-2-2025 08:12 PM
umah kaler ijau sebiji dia yg kaler ijau tu ka?

Iye. Awal2 dulu dengar2 cita la. Raja Perlis mintak nk beli,tapi cubaan tu tak berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 2-2-2025 02:33 PM
Tiga tingkat kannn.....
Dia dok kat bawah je

Bubuh lif ke tidak... rugi jaa rumah byk tingkat tak naik
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 2-2-2025 01:55 PM
Kerjaaan siasatlah dakwaan ini. Memang betulkah terjadi

Kalau takde sapa buat aduan siap dgn bukti, akan siasat ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2025 09:23 PM | Show all posts
Momohizan replied at 2-2-2025 07:21 PM
Orang dalam kerajaan jugak hantunya.

aish.. malas dengar ada org dalam. haha

.. barangkali ini grey area. orang dlm pun buat sebab undang2 yg jelas kata adalah kesalahan untuk campur beras2 ni tak ada.. cuma berbentuk arahan barangkali dan tahu tak akan ada tindakan yang diambil... yang naif ikut, yg nak untung lebih dia manipulatlah..


Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 09:27 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 2-2-2025 08:57 PM
Kalau takde sapa buat aduan siap dgn bukti, akan siasat ka?

tak taulah.


kerajaan klu isu dah masuk berita ada yang dia ambik tindakan sendiri, ada yg mereka tunggu aduan, jd kita tunggulah statemnt kerajaan pasal ni.. berita kilang beras akan ditutup sepatutnya besar untuk krajaan sebab ada peranan kerajaan mentadbir utk kemaslahatan, kesejahteraan kemakmuran rakyat dan negara.. kerajaan sepatutnya respon




Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
makan buah jela pasni
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 2-2-2025 01:48 PM
Kat mana tu beras tempatan 26 hengget/ 10kg??
Semua dah label super import walaupun nasi benyek maca ...

Beras tempatan hanya jumpa dekat Jualan Rahmah Madani jer. Hahaha.

Pelik Kerajaan boleh dapat beras tempatan tapi jual dekat jualan rahmah pastu dengan bangga nya tgk rakyat beratur panjang berpanas hujan semata nak beli beras, telur, minyak. Merepek.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.378840 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list