View: 7683|Reply: 9
|
[Tempatan]
Pemandu bas ekspres pitam, nasib baik 39 penumpang selamat
[Copy link]
|
|
SEREMBAN – Seramai 39 penumpang dan seorang pemandu sebuah bas ekspres terselamat selepas pengangkutan awam itu terlibat dalam kemalangan Kilometer (KM) 245.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara Rembau, di sini pada awal pagi tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Pegawai Bomba Kanan II Amer Izham Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 6.02 pagi berhubung kejadian.
“Setiba di lokasi, terdapat 40 orang mangsa termasuk pemandu dilaporkan terlibat dalam kejadian itu terdiri 28 wanita dan 12 lelaki.
“Terdapat enam orang wanita mengalami kecederaan ringan dan telah diberikan rawatan awal oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan bantuan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini
Katanya, siasatan awal mendapati pemandu bas ekspres terbabit mengalami pitam sebelum kenderaan berkenaan terbabas di lokasi kejadian.
Difahamkan, bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Kuala Lumpur.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh. Sakit pon kerja juga cari rezekiz |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa suruh tak ambik syabu, perjalanan jauh kena ambik syabu baharulah segar mata |
|
|
|
|
|
|
|
Check urine dulu.. pastu pastikan letak tali pinggang kat kerusi tu and paksa penumpang pakai. |
|
|
|
|
|
|
|
PITAM = penglihatan itam = tak nampak apa apa |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 14-3-2025 07:09 PM
itamrazali tersenyum sinis {: ...
itam razali ni sape? |
|
|
|
|
|
|
|
Jantung tu rasanya. boleh jadi seharian duduk memandu bas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Entah2 hypo
Dinasihatkan driver buat check up |
|
|
|
|
|
|
| |
|