CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24768|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerajaan negeri nafi isu tanah kubur tidak mencukupi di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 1-2-2025 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 1-2-2025 05:52 PM

Kerajaan negeri nafi isu tanah kubur tidak mencukupi di Pulau Pinang

MOHD ISKANDAR OTHMAN
01 Februari 2025 04:45pm




Mohamad (tengah) bergambar dengan sebahagian penerima sumbangan Majlis Agihan Zakat Pembelian Tanpa Tunai 'Kembali ke Sekolah 2025 di Mydin Bukit Mertajam pada Sabtu.




BUKIT MERTAJAM - Kerajaan negeri Pulau Pinang menegaskan pembinaan tapak perkuburan Islam berpusat di Seberang Perai Utara sedang dalam proses akhir dan akan dilaksanakan mengikut prosedur.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM7 juta bagi pembelian tanah perkuburan di kawasan Sungai Dua bagi menampung keperluan penduduk.

Menurutnya, meskipun isu tanah kubur ini telah diberi penjelasan termasuk dijawab dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini, namun masih ada pihak yang ingin memainkan isu berkenaan seolah-olah Pulau Pinang berdepan dengan masalah tanah kubur.

"Bila kita umum tu ada proses dia, proses pengambilan dan pembelian...akhirnya dah selesai proses itu.


"Proses tambakan tanah juga telah selesai oleh kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

"Maka proses selanjutnya ialah proses teknikal di pihak Jabatan Kerja Raya (JKR)...Jadi pada pandangan saya tak perlu buat himpunan untuk nyatakan itu dan ini kerana isu di Pulau Pinang ini tiada isu tanah kubur. Tak ada lagi kes yang kita terpaksa hantar jenazah ke negeri lain untuk dikebumi kerana isu tidak cukup tanah,"katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Agihan Zakat Pembelian Tanpa Tunai 'Kembali ke Sekolah 2025 di Mydin Bukit Mertajam, pada Sabtu.

Dr Mohamad yang juga Yang Dipertua MAINPP berkata, walaupun terdapat kawasan tertentu yang penuh, namun penyelesaian alternatif seperti tanah wakaf dan kubur bertingkat telah dilaksanakan sebelum ini.


"Kalau ada pun kampung itu penuh dari segi tanah kubur, maka contoh pada 2001 kita melaksanakan sistem kubur bertingkat seperti di Masjid Jamiul Badawi di Kepala Batas.

Bukan tak ada tanah, ada tanah...tapi penduduk tak nak hantar jauh dari masjid maka difatwakan buat kubur bertingkat,"katanya lagi.

Mohamad menyeru agar tiada pihak memanipulasi isu itu atau mengadakan perhimpunan yang boleh menimbulkan persepsi negatif.

Tegasnya kerajaan negeri sentiasa memastikan keperluan tanah perkuburan mencukupi untuk masyarakat Islam di Pulau Pinang.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua yang juga Ketua Pembangkang DUN, Muhammad Fauzi Yusoff menggesa kerajaan negeri mempercepatkan pembinaan isu tanah kubur di sekitar Sungai Dua berikutan keadaan semakin kritikal sekiranya berlaku kematian.

https://www.sinarharian.com.my/article/710306/edisi/utara/kerajaan-negeri-nafi-isu-tanah-kubur-tidak-mencukupi-di-pulau-pinang


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.447158 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list