View: 26268|Reply: 6
|
[Tempatan]
Bercakap Dalam Bahasa Inggeris, Ramai Puji Gadis Cantik Bertudung Jawab Soalan Tiktoker Luar Negara!
[Copy link]
|
|
![](https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2025/01/bi.jpg)
Menerusi TikTok ali_culture, dia telah bertanyakan soalan kepada wanita yang dikenali sebagai Diana berkenaan apa yang membezakan Malaysia dengan negara lain.
Wanita raih pujian, jelaskan keunikan Malaysia kepada orang luar
Wanita terbabit dengan tenang telah memberi pandangan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keunikan tersendiri termasuklah memberikan contoh-contoh ringkas yang boleh memberi bayangan tentang keistimewaan yang ada di sini.
“….Kami mempunyai pelbagai jenis makanan yang berbeza di setiap negeri. Awak perlu cuba nasi lemak kerana ia merupakan antara hidangan yang cukup popular,” ujarnya.
Wanita raih pujian, promosi semua negeri termasuk Sabah, Sarawak
Lebih menarik, dia turut memberitahu beberapa budaya yang menjadi kebiasaan masyarakat seperti Melayu di mana sangat menjaga adab dengan golongan tua apabila mencium tangan sebagai tanda hormat ketika bersalaman.
Walaupun menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah dan ringkas, penyampaian wanita tersebut sangat jelas apabila memberitahu sangat terbuka dengan kehadiran pelancong dari luar negara kerana dapat menunjukkan betapa uniknya Malaysia termasuklah masyarakatnya.
Dahlah cantik, bijak pula
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila rata-rata memuji tindakan Diana yang mempromosikan Malaysia dengan cukup ringkas namun padat.
Mereka juga mengakui bangga dengan wanita berkenaan kerana dapat menjawab soalan dengan memberikan penjelasan yang penuh dengan info tentang Tanah Air. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gentlemans..
Shake their hand..
Okay aku blah takat tu je. |
|
|
|
|
|
|
|
knapa tk tanya org laki daa.. |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 1-2-2025 01:06 PM
Gentlemans..
Shake their hand..
Hihihi |
|
|
|
|
|
|
| |
|