CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17836|Reply: 0

[Sarawak] Isu lain burukkan lagi banjir di Bintulu - Tiong King Sing

[Copy link]
Post time 1-2-2025 01:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 31-1-2025 05:57 PM



Kuching: Pihak berkuasa harus meneliti kemungkinan faktor kesilapan manusia memburukkan lagi keadaan banjir di Bintulu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, banjir yang berlaku sejak semalam adalah yang terburuk pernah melanda bandar gas asli itu.

King Sing berkata, walaupun ada pihak mengaitkan bencana banjir itu sebagai punca semula jadi, beliau percaya ada faktor lain yang menyumbang berlakunya bencana itu.

"Isu-isu seperti kecacatan dalam sistem perparitan di Bintulu telah menghalang Sungai Sibiew daripada mengalirkan air berlebihan secara berkesan, menyebabkan lonjakan paras sungai dengan cepat" katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata demikian dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

King Sing berkata, kawasan yang paling teruk terjejas adalah sekitar Sungai Sibiew, yang sudah lama tidak diselenggara.

Beliau berkata, projek mendalamkan dasar Sungai Sibiew sudah dicadangkan sejak hampir lima tahun, namun ia tidak dilaksanakan hingga kini.

"Banjir terburuk ini sepatutnya menjadi amaran segera bahawa agensi berkaitan mesti bertanggungjawab.

"Saya berulang kali menegaskan bahawa sungai itu mesti mempunyai kedalaman sekurang-kurangnya tiga hingga lima meter dan lebar hingga 100 meter bagi menampung taburan hujan yang semakin meningkat akibat perubahan iklim," katanya.

Selain Sungai Sibiew katanya, dasar Sungai Kemena yang menghubungkan terus ke laut juga perlu dikorek.

"Saya akan sekali lagi menekankan keperluan untuk mendalamkan dan melebarkan kedua-dua sungai itu semasa mesyuarat di Pejabat Residen Bahagian Bintulu pada 10 Februari nanti," katanya.

Selain itu katanya, beliau akan mencadangkan untuk menghentikan pembinaan jambatan yang menghubungkan Taman Jason dan Taman Kemena Sutera bagi mengelakkan gangguan pada kerja-kerja dasar sungai.

Malah beliau turut menggesa agar penempatan semula penduduk setinggan di sepanjang kedua-dua tebing sungai perlu disegerakan bagi memudahkan kerja mendalamkandan meluaskan sungai itu.



https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1182017/isu-lain-burukkan-lagi-banjir-di-bintulu-tiong-king-sing#google_vignette
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.043353 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list