Kapal muatan batu yang karam di perairan berhampiran Awat-Awat Lawas. - Gambar JBPM
LAWAS: Seorang krew kapal warganegara Indonesia dikhuatiri hilang, manakala lagi enam selamat dalam kejadian kapal karam di perairan berhampiran Awat-Awat Lawas, hari ini.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, kapal yang membawa muatan batu tersebut dikatakan menuju ke Brunei dari arah Sipitang sebelum dilaporkan karam.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Ramlan Marajam berkata mangsa yang hilang dikenali sebagai Zauyik Anang Fatmanto berusia 42 tahun.
Ramlan (kiri), kanan (Azman) menyertai operasi SAR membabitkan krew kapal yang hilang. - Gambar JBPM
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan menggunakan aset bot dibantu pihak polis dan Coast Guard (Pasukan Pengawal Pantai Sarawak).
“Pencarian telah dijalankan di persisiran pantai sejauh satu hingga dua batu nautika,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Turut hadir di lokasi Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas Clarence D. Primus Tiandun, Ketua BBP Limbang Tawang Lingem dan Pegawai Penyiasat Kebakaran JBPM Zon Tujuh Azman Ibrahim.
|