JAKARTA – Tindakan dua wanita di Indonesia yang sanggup menggadaikan nyawa untuk menangkap seorang pencuri tong gas mengundang perhatian pengguna media sosial, lapor portal Abatanews semalam.
Kejadian berlaku di kawasan perumahan Bogor, wilayah Jawa Barat pada Khamis lalu.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram memaparkan dua wanita itu menahan seorang lelaki yang membawa tong gas di atas motosikalnya.
Lebih mengejutkan, salah seorang daripada mereka nekad membiarkan dirinya dilanggar untuk menahan pencuri tersebut.
Pelanggaran itu menyebabkan si pencuri terjatuh di atas jalan sebelum ditangkap oleh penduduk tempatan.
Dia kemudian dibawa balai polis berdekatan.
“Mak siapa yang jadi ‘ultraman’? Sudah dilanggar, tetap bangun!” kata seorang netizen.
“Kuasa ‘makcik-makcik’ jangan buat main’,” kata netizen lain. – AGENSI
|