CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nuralisa

Guru sekolah King Edward panjat Bukit Larut ditemui mati.

[Copy link]
Post time 26-4-2011 07:11 PM | Show all posts
teringat 2thn lps.. orientation trainee program.. memenuhi aktiviti wiken... panjat bukit larut... mase tu bulan puasa tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2011 07:32 PM | Show all posts
al-fatihah utk arwah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 07:36 PM | Show all posts
iskk. . . . last week org pi jogging pun jatuh perigi . . .
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 08:17 PM | Show all posts
takziah pada kluarga mangsa...

apa yg blaku, dia jatuh ke??? tp diorg dgr suara mintak tlg.. pegi2 xde.. misteri..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 08:35 PM | Show all posts
ada yang tak kena ni, kenapa perlu menjerit minta tolong, dilarikan binatang buas ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 09:05 PM | Show all posts
punca kematian dah tau ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2011 09:08 PM | Show all posts
last status kt fb dia " Gua ada firasat y xbgus.."

sedihnya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 09:14 PM | Show all posts
Kenapa dia pegi sorang2.ajak lah kawan.kesian dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2011 09:41 PM | Show all posts
last status kt fb dia " Gua ada firasat y xbgus.."

sedihnya...
chippotato Post at 26-4-2011 21:08


apa fb dia?? rupanya dia terjatuh gaung kan.. dlm buletin utama td ada bgtau...
mungkin tergelincir...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 09:43 PM | Show all posts
al fatihah..


[size=85%]

status terakhir Allahyarham Abdullah Zubair di Facebook.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 09:52 PM | Show all posts
Bunuh diri kah?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 10:19 PM | Show all posts
pe penyebab kematian dia?jantung ka

al Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 11:08 PM | Show all posts
dh smpai masa, matilah sesuatu hidupan tuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 11:31 PM | Show all posts
Dulu selalu gak pi jogging kat Bukit Larut . Pi naik ikut Bukit turun ikut jalan raya . Kalau sesiapa ada sakit jantung baik jangan pi . Boleh sesak nafas nanti .

La ni jarang naik bukit , cuma singgah kat swimming pool masa time sekolah . Masa cuti sekolah dah tak pi sebab orang terlampau ramai . Air dari bukit .Selalu gak menyelam kat swimming pool .
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 11:40 PM | Show all posts
aku baru je naik bukit larut 3 minggu lepas..tapi naik land rover...sepanjang naik tuh, memang ramai la org panjat bukit nih..so, kalau pergi sorang pn tak perlu risau...tapi, apa yg jd pada arwah tuh, dah itu suratan takdir dia....
al fatihah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 11:41 PM | Show all posts
aku baru je naik bukit larut 3 minggu lepas..tapi naik land rover...sepanjang naik tuh, memang ramai la org panjat bukit nih..so, kalau pergi sorang pn tak perlu risau...tapi, apa yg jd pada arwah tuh, dah itu suratan takdir dia....
al fatihah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2011 12:04 AM | Show all posts
takziah pada keluarga cikgu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 09:01 AM | Show all posts
kematian seseorang tu dengan cara yang berbeza...sekian terima kasih..

al-fatihah...............
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2011 09:12 AM | Show all posts
dia tergelincir masa nak seberang sungai...batu licin sbb hujan...kepala terhentak kat batu lalu jatuh ke dalam air.....air tu taklah dalam sangat. Mungkin kepala aruah terhentak teruk kot.....tengok dalam news TV3 semalam, kata salah seorg penyelamat dalam operasi tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2011 09:15 AM | Show all posts
Guru hilang ketika daki bukit ditemui mati tertiarap dalam lopak berair

TAIPING: Hancur luluh hati isteri guru Sekolah Menengah King Edward VII, Abdullah Zubair Ismail, 27, sebaik melihat jip polis membawa mayat suaminya yang dibaluti plastik hitam tiba di kaki Bukit Larut, di sini, semalam.
Sebaik mengetahui kematian suaminya itu, Norziah Zulkifli, 26, yang mengandung empat bulan meraung sambil memeluk kedua-dua mentuanya, Ismail Yusuh, 57, dan Zaitun Ismail, 50.
Norziah yang juga penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim dan kini menjalani latihan praktikal mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor, tidak dimaklumkan lebih awal kematian suaminya kerana keluarga bimbang dirinya tertekan, lebih-lebih lagi sedang mengandung anak sulung.

Abdullah Zubair dilaporkan hilang selepas mendaki bukit itu kelmarin, ditemui mati oleh pasukan mencari dan menyelamat di kawasan cerun bersebelahan Air Terjun Bukit Larut, lima kilometer dari kaki bukit itu pada jam 10.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah, berkata mayat mangsa berpakaian baju sukan dan berseluar trek manakala kasut kaki kanannya tertanggal, ditemui dalam keadaan tertiarap di kawasan lopak berair.

“Ketika ditemui, ada kesan darah di kepala dan luka di kening kanan mangsa. Kesan tergelincir sepanjang tiga meter turut ditemui di lokasi berkenaan, dipercayai akibat terjatuh,” katanya.
Sementara itu, Norziah yang ditemui berkata, dia melarang suaminya mendaki bukit berkenaan ketika arwah menghubunginya malam Sabtu lalu dan arwah sekali lagi menghubunginya jam 8.30 pagi keesokannya tetapi sekadar memaklumkan mahu keluar minum.

“Ketika menghubungi saya, arwah gembira kerana mendapat geran kereta yang baru dibelinya,” katanya sambil memaklumkan jenazah suaminya akan dikebumikan di Jitra, Kedah.

Seorang guru sekolah sama, Mohd Noor Hisham Baharom berkata, arwah yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sejarah Tingkatan Enam Atas adalah seorang guru berdedikasi.

“Arwah mempunyai facebook menggunakan nama Ali Bana. Sebelum keluar rumah pada pagi Ahad, beliau sempat menulis di dalam facebooknya beliau mempunyai firasat akan berlaku perkara buruk pada hari itu,” katanya.

Guru warden sekolah berkenaan yang juga rakan baik mangsa, Ahmad Din Ahmad Zuki berkata, Abdullah Zubair gemar mendaki bukit dan melakukan kegiatan lasak sudah tiga atau empat kali mendaki bukit itu dan lazimnya tidak melalui jalan tar, sebaliknya trek hutan sesuai dengan minatnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.627184 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list