|
Guru sekolah King Edward panjat Bukit Larut ditemui mati.
[Copy link]
|
|
teringat 2thn lps.. orientation trainee program.. memenuhi aktiviti wiken... panjat bukit larut... mase tu bulan puasa tau |
|
|
|
|
|
|
|
iskk. . . . last week org pi jogging pun jatuh perigi . . . |
|
|
|
|
|
|
|
takziah pada kluarga mangsa...
apa yg blaku, dia jatuh ke??? tp diorg dgr suara mintak tlg.. pegi2 xde.. misteri.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada yang tak kena ni, kenapa perlu menjerit minta tolong, dilarikan binatang buas ke |
|
|
|
|
|
|
|
punca kematian dah tau ke? |
|
|
|
|
|
|
|
last status kt fb dia " Gua ada firasat y xbgus.."
sedihnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa dia pegi sorang2.ajak lah kawan.kesian dia |
|
|
|
|
|
|
|
last status kt fb dia " Gua ada firasat y xbgus.."
sedihnya...
chippotato Post at 26-4-2011 21:08
apa fb dia?? rupanya dia terjatuh gaung kan.. dlm buletin utama td ada bgtau...
mungkin tergelincir... |
|
|
|
|
|
|
|
al fatihah..
[size=85%]
status terakhir Allahyarham Abdullah Zubair di Facebook. |
|
|
|
|
|
|
|
pe penyebab kematian dia?jantung ka
al Fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
dh smpai masa, matilah sesuatu hidupan tuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu selalu gak pi jogging kat Bukit Larut . Pi naik ikut Bukit turun ikut jalan raya . Kalau sesiapa ada sakit jantung baik jangan pi . Boleh sesak nafas nanti .
La ni jarang naik bukit , cuma singgah kat swimming pool masa time sekolah . Masa cuti sekolah dah tak pi sebab orang terlampau ramai . Air dari bukit .Selalu gak menyelam kat swimming pool . |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru je naik bukit larut 3 minggu lepas..tapi naik land rover...sepanjang naik tuh, memang ramai la org panjat bukit nih..so, kalau pergi sorang pn tak perlu risau...tapi, apa yg jd pada arwah tuh, dah itu suratan takdir dia....
al fatihah... |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru je naik bukit larut 3 minggu lepas..tapi naik land rover...sepanjang naik tuh, memang ramai la org panjat bukit nih..so, kalau pergi sorang pn tak perlu risau...tapi, apa yg jd pada arwah tuh, dah itu suratan takdir dia....
al fatihah... |
|
|
|
|
|
|
|
takziah pada keluarga cikgu ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
kematian seseorang tu dengan cara yang berbeza...sekian terima kasih..
al-fatihah............... |
|
|
|
|
|
|
|
dia tergelincir masa nak seberang sungai...batu licin sbb hujan...kepala terhentak kat batu lalu jatuh ke dalam air.....air tu taklah dalam sangat. Mungkin kepala aruah terhentak teruk kot.....tengok dalam news TV3 semalam, kata salah seorg penyelamat dalam operasi tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Guru hilang ketika daki bukit ditemui mati tertiarap dalam lopak berair
TAIPING: Hancur luluh hati isteri guru Sekolah Menengah King Edward VII, Abdullah Zubair Ismail, 27, sebaik melihat jip polis membawa mayat suaminya yang dibaluti plastik hitam tiba di kaki Bukit Larut, di sini, semalam.
Sebaik mengetahui kematian suaminya itu, Norziah Zulkifli, 26, yang mengandung empat bulan meraung sambil memeluk kedua-dua mentuanya, Ismail Yusuh, 57, dan Zaitun Ismail, 50.
Norziah yang juga penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim dan kini menjalani latihan praktikal mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor, tidak dimaklumkan lebih awal kematian suaminya kerana keluarga bimbang dirinya tertekan, lebih-lebih lagi sedang mengandung anak sulung.
Abdullah Zubair dilaporkan hilang selepas mendaki bukit itu kelmarin, ditemui mati oleh pasukan mencari dan menyelamat di kawasan cerun bersebelahan Air Terjun Bukit Larut, lima kilometer dari kaki bukit itu pada jam 10.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah, berkata mayat mangsa berpakaian baju sukan dan berseluar trek manakala kasut kaki kanannya tertanggal, ditemui dalam keadaan tertiarap di kawasan lopak berair.
“Ketika ditemui, ada kesan darah di kepala dan luka di kening kanan mangsa. Kesan tergelincir sepanjang tiga meter turut ditemui di lokasi berkenaan, dipercayai akibat terjatuh,” katanya.
Sementara itu, Norziah yang ditemui berkata, dia melarang suaminya mendaki bukit berkenaan ketika arwah menghubunginya malam Sabtu lalu dan arwah sekali lagi menghubunginya jam 8.30 pagi keesokannya tetapi sekadar memaklumkan mahu keluar minum.
“Ketika menghubungi saya, arwah gembira kerana mendapat geran kereta yang baru dibelinya,” katanya sambil memaklumkan jenazah suaminya akan dikebumikan di Jitra, Kedah.
Seorang guru sekolah sama, Mohd Noor Hisham Baharom berkata, arwah yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sejarah Tingkatan Enam Atas adalah seorang guru berdedikasi.
“Arwah mempunyai facebook menggunakan nama Ali Bana. Sebelum keluar rumah pada pagi Ahad, beliau sempat menulis di dalam facebooknya beliau mempunyai firasat akan berlaku perkara buruk pada hari itu,” katanya.
Guru warden sekolah berkenaan yang juga rakan baik mangsa, Ahmad Din Ahmad Zuki berkata, Abdullah Zubair gemar mendaki bukit dan melakukan kegiatan lasak sudah tiga atau empat kali mendaki bukit itu dan lazimnya tidak melalui jalan tar, sebaliknya trek hutan sesuai dengan minatnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|