CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1610|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis tahan keldai akaun, mangsa rugi RM39,000

[Copy link]
Post time 29-1-2025 01:49 AM | Show all posts |Read mode
Polis tahan keldai akaun, mangsa rugi RM39,000

28 Januari 2025 09:26pm




Polis menahan seorang lelaki disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berkaitan pinjaman tidak wujud secara dalam talian. Foto Bernama




BALIK PULAU - Polis menahan seorang lelaki disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berkaitan pinjaman tidak wujud secara dalam talian, melibatkan kerugian hingga RM39,000 kepada mangsa baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, lelaki 23 tahun itu ditahan di sini semalam hasil maklumat awam dan risikan berhubung kejadian di Bayan Lepas itu.

Berdasarkan siasatan, mangsa telah membuat 19 transaksi secara dalam talian dengan jumlah keseluruhan RM39,000, namun tidak mendapat pinjaman wang seperti dijanjikan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

Beliau berkata, lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menipu. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/709777/berita/semasa/polis-tahan-keldai-akaun-mangsa-rugi-rm39000


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.035749 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list