Awang Tengah dani steri, Datuk Dayang Morliah Awang Daud.
KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kekuatan Sarawak terletak pada warisan pelbagai budaya dan keharmonian kaum yang berkekalan.
“Kualiti unik ini disokong oleh kestabilan politik dan bakat rakyat kita, telah membolehkan Sarawak berkembang maju sebagai mercu tanda Perpaduan dan pembangunan.
“Semoga keharmonian ini membimbing kita melalui Tahun Ular sambil kita bercita-cita ke arah yang lebih tinggi,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025.
Awang Tengah juga berharap tahun 2025 akan membawa keberkatan kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan yang melimpah kepada semua orang.
“Marilah kita menghayati kebijaksanaan ular dan maju bersama-sama dengan keberanian dan keazaman,” ujarnya.
Menurutnya Tahun Baharu Cina adalah masa untuk merenung kenangan dan pencapaian yang diraikan pada tahun lalu sambil meletakkan sasaran pada masa depan yang lebih cerah serta lebih menjanjikan kejayaan.
“Adalah menjadi harapan saya agar perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini membawa kegembiraan dan perpaduan kepada semua.
“Saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di Sarawak khususnya, mengharapkan kemakmuran dan kemajuan yang berterusan ketika kita menghadapi ketidaktentuan dunia yang sentiasa berubah,” ujarnya.
|