CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shimah81

Dia Yang Ku Puja-Cerpen - [U] Tamat..

[Copy link]
 Author| Post time 29-4-2011 08:37 AM | Show all posts
Reply 16# merahsilver


   shimah dah lama dah menulis... jemput ke blog fantasi ceritaku.. cuma kat cari ni br nak aktif je.. nak juga tahu komen org kat sini pula...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2011 08:39 AM | Show all posts
Reply 19# kaypo


   tq ye... br2 nak berkenalan kat sini... hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2011 08:41 AM | Show all posts
asyriqa.. shana85... tq2 sebab follow cerita kak shimah ye...

ni kak shimah tepekkan new entri kat sini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2011 08:45 AM | Show all posts
Bab 5
“Rinduku padaNya ;)”

Saja buat gempak sikit. Lepas ni mesti banyak komen masuk nih. Bisiknya sendirian. Seronok melayan facebook  ni. Dari dulu lagi inilah sumber perhubungannya dengan semua kawan-kawan. Dari kawan sekolah rendah sampailah kawan sekolah menengah. Semuanya ada di dalam facebook. Tak pernah terputus hubungan. Si dia pun ada. Walaupun Aina tahu, si dia mungkin telah melupakan dirinya. pertemuan singkat itu, bagaikan perakam video yang berulangkali dimainkan. Dalam diam dia merindu.
Namun dia tetap sedar, dia yang dipuja jauh di tinggi di langit sana. Bagaikan bumi dan langit yang takkan bersatu. Begitu juga dia dan dirinya. walaupun begitu perkembangan semasanya tetap diikuti. Malah dialah peminat setia dari dulu. Tak pernah luak sedikitpun. Biarpun tiada lagi poster besar terpampang di dalam bilik tidurnya. Biarpun tiada lagi reaksi teruja melihat setiap lakonannya. Tetapi dalam hati, dia tetap teruja. Bagaikan hatinya telah dibawa lari oleh dia di dalam pertemuan dua minggu lapan tahun dulu.

Secret admire : I miss u and times when we are together.

Aina tersenyum. Hatinya berbunga menbaca komen secret admire itu. walhal dia tak kenal pun siapa dia. Puas diselongkar tetap tak ada maklumat lengkap pasal secret admire ini. picture profile pun gambar tiga orang kanak-kanak yang sedang berkejaran di tepi pantai. Selain pada tu langsung tak ada klu. Tetapi dia tetap rajin mengomen apabila Aina meng-update-kan status terbaru di profilenya. Puas di tanya siapa dia, jawapannya one fine day, u will know who I am. Itu sajalah jawapan yang diberikan. Lalu Aina malas untuk mendesak lagi. Asalkan dia tidak membuat sesuatu yang boleh memalukan dirinya sudah lah. Asalkan secret admire itu ikhlas berkawan dengannya dia ok je.

Aina hanya membaca sahaja komen tersebut. Tanpa ingin membalasnya. Biarlah dulu. Nanti dia pasti ramai member-membernya yang lain akan turut komen di situ. Status gempaknya. Tersengih Aina sendirian. Lalu leka dia melayan email yang telah seminggu terkurung di dalam inbox email peribadinya. Dan bertalu-talu jugalah email yang masuk memberitahu ada orang telah memberi komen di status terbarunya itu.
Sejam kemudian barulah dibukanya.

Zara: wei kau rindu kat sapa?
Liana : wah diam-diam merindu yer? Siapakah gerangannya? Jangan nak main sorok-sorok dengan aku plak tau.
Katty : di dalam hati dah kuch kuch hota hai ker? Amboi dulu bukan main lagi kerasnya hati. Sekarang siapa lelaki bertuah mengetuk pintu hati Aina Batrisya nie? Ceritalah kat akak.
Nak tergelak terguling-guling pun ada gak dengan keterujaan member-membernya di dalam Facebook ni. Mana ada laa cik kak oi. Tak ada orang nakkan diri ini. eh..eh berpuitis lak hatinya.
Aizat Alfi : long..kau jangan risau. Orang tu pun dok rindukan kat kau jugak. The time will come. Tak lama lagi tu
Aizat Arief : betul tu long, adik sokong angah.
Berkerut dahi Aina membaca komen adik-adiknya. Apahal pulak ni. Siapa yang mereka maksudkan? Lantas tanpa berlengah Aina membalas komen – komen di facebooknya itu.

Aina Batrisya : Secret Admire : yerlaa sangat. :*P Zara : rindu kat kau laa siapa lagi yang aku nk rindu.Liana : hahaha..cari laa kalau jumpa liana. Aku sure kau takkan Sesiapapun hehehe..saja nak buat gempak. Jangan mare key;) Katty : apalaa akak ni, percaya sangat apa yang org tulis. Xde sape
lagilah. Kalu ada orang cakap erk. Takkan nak sorok2 pulak.Angah & adik : apa yang korang merepek nih. Tak de keje ke ker? Kacau je.  Syuuuhhh..gi main jauh-jauh..
       
tak lama kemudian ada lagi komen masuk di status Aina.

Zara : bertuahnya aku kau rindu kat aku. I miss u too..
Azhar : u miss me?
Aizat Alfi : hahahahhaaha…macam angah tak tahu long. tak pe one fine day, u will know the truth.
Secret admire : one fine day, will come
Aizat Alfi : I agree with u secret admire.
Katty : ingat betul sat nih… suspence betul lak kau nih. Tapi tak pe akak akan tunggu one fine day yang macam angah cakapkan tuh. Hope tak lama lagilaa yer.

Ahh.. malaslaa nak layan. Angah ni menjadi-jadi pulak. Padahal dia Cuma main-main jer. Weekend macam ni boring pula kat rumah. Angah sekarang berada di Perth, melanjutkan pelajaran di sana. Adik pula kat MRSM. Tinggallah dia sorang-sorang kat rumah. Rugi pulak tak ikut mama dan papa ke kenduri kawin anak kawan mama. Tak adalah dia kebosanan macam ni. Tapi kalau ikut pun, buat menyakitkan hati sendiri adalah. Kawan-kawan mama mesti takkan terlepas bertanya soalan cepumas padanya. Apabila dijawab dengan jujur pula, mulalah mereka sibuk ingin memasangkan dengan anak teruna mereka. Kalau ada anak terunalah. Tak pun dengan anak saudara merekalah. Huhuhu. Itulah yang paling menjengkelkan hatinya. Padahal dia baru berusia 25 tahun. Masih muda belia lagi. Baru je kerja. Biarla dia enjoy dulu. kemudian baru fikirkan pasal perkahwinan ini.

Laptop kecilnya ditutup. Lalu direbahkan dirinya di atas katil. Matanya memandang syiling berwarna putih di dalam bilik tidur. Kesepian amat terasa. Dalam keadaan ini, rindu pada dia membuak-buak. Melimpah dari cangkir hatinya. Tanpa sedar air mata mengalir di birai matanya. Sungguh dia rindu. Tetapi bagaimana harus diluahkan. Dia yang kupuja amat tinggi di atas sana. Tak tercapai oleh tangkai rindunya.

Dikerling jam di tepi katilnya itu. hah..dah pukul 12.30 tengahari. Melodi dah start dah ni. Lantas di capai remote di atas meja sisinya. Terus sahaja di on kan. Minggu lepas ada gossip hangat tentang si dia. Kononnya sekarang tengah bercinta dengan Emy Nadia, pelakon seksi yang sedang hangat dipasaran sekarang ini. kononnya mereka berdua dilihat keluar bersama baru –baru ini. tentunya gossip hangat ini menjadi tajuk utama Melodi hari ini. sebab itulah Aina teruja hendak mengetahui kebenaran dari mulut si dia sendiri.

Maka terpakulah mata di kaca televisyen itu. mendengar celoteh Wahid dan Fara Fauzana.sesekali kedengaran sinis mereka menyindir dan berceloteh tentang perkembangan semasa hiburan tanahair. Sehinggalah segmen terjah bersama Mitchelle. Terjah memburu jawapan hangat daripada Alan Yeoh. Pelakon dan juga model kegilaan ramai itu.

“hai Alan”

“hai…betul ke u sedang hangat bercinta dengan Emy Nadia sekarang ni” terus sahaja soalan panas ditanya oleh Mitchelle. Kelihatan dia ketawa mendengar soalan tersebut.

“siapa yang beritahu u ni?”

“ada orang melihat u keluar berduaannya dengan dia. Kalau tak masakan orang katakan tentang gossip ini. so apa komen u?” soal Mitchelle lagi.

“semua itu tak betul. Memang ada I keluar dengan dia. Tapi ramai-ramai. Bukan berdua seperti yang semua perkatakan” jawab Alan tegas.

“yer ker? Mula-mula gossip kemudian lama-lama jadi betul. Tak perlu u cuba sorok-sorokkan. Perkara yang baik, patut diwar-warkan” desak Mitchelle lagi.

Alan Cuma tersenyum mendengar. “nak mengaku apa benda kalau perkara itu memang tak betul. Tetapi memang betul di dalam hati I telah lama ada seseorang yang bertakhta” tulus Alan mengaku. Mitchelle kelihatan terkejut dan teruja.

“siapakah gadis bertuah itu? adakah dikalangan artis juga?”

“tidak. Dia seorang gadis biasa sahaja. One fine day, u’ll will know the truth” jawab Alan sambil matanya memandang kamera. Pandangan itu seolah-olah menusuk ke hati Aina. One fine day, u will know the truth. Ayat itu amat familiar kepadanya. hatinya tiba-tiba berdebar. Kenapa seolah-olah kata-kata itu ditujukan kepada dirinya. ahhhh…perasan sungguh kau ni Aina. Entah-entah dia langsung tak ingatkan dirinya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 12:47 PM | Show all posts
one fine day......
sampai cni mcm penah baca lak....
nti merah masuk blog shima k...
tapi jgn lupa sambung lagi kat cni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 02:49 PM | Show all posts
we want more..we want more..hehehe..nak lagi ekk...tak sabar nak tunggu one fine day tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-4-2011 03:10 PM | Show all posts
we want more..we want more..hehehe..nak lagi ekk...tak sabar nak tunggu one fine day tu.


akan sampai gak one fine day tu.. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2011 03:12 PM | Show all posts
one fine day......
sampai cni mcm penah baca lak....
nti merah masuk blog shima k...
tapi jgn lupa sambung lagi kat cni...


mesti pernah masuk blog laa tu.. tak pun kat penulisan2u.. shima ada letakkan cerita ini kat situ juga..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2011 04:24 PM | Show all posts
Reply 28# shimah81
dah masuk td n dah khatam DYKP... tapi yg kat cni pun nak bg khatam 2nd round....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2011 04:31 PM | Show all posts
Reply 29# merahsilver


   hahahaha..cepatnya.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2011 10:55 PM | Show all posts
best2!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2011 11:19 AM | Show all posts
Bab 6

Alan menutup suis televisyen. Harap-harap dengan penjelasan yang diberikan di dalam Melodi itu dapat menjelaskan gossip hangat yang melanda dirinya ketika ini. harap-harap gadis kecil itu tidak tersalah anggap dengan gossip tersebut. Sebelum ini, memang dia tidak pernah digossipkan dengan sesiapa. Dirinya sejak mula terlibat di dalam bidang hiburan ini, amat bersih dari gossip merapu seperti itu. tetapi entah mengapa kali ini dia boleh terkena. Memang dia mengakui Emy Nadia itu pernah meluahkan perasaan kepadanya. tetapi dia menolak dengan baik. Mana mungkin dia menerima orang lain di hatinya. Sedangkan gadis kecil itu yang dipuja.

Selama lapan tahun dia memendam rasa dan merindu dari jauh. Selama lapan tahun dia boleh bertahan dari godaan – godaan gadis-gadi cantik di sini. Apalah sangat penantian yang masih lagi tinggal sebulan itu. dia tidak sabar lagi untuk bersama gadis kecil yang dipujanya di dalam diam. Tersenyum Alan sendirian.

Tidak lama kemudian Azan Zohor kedengaran dari masjid berhampiran. Tanpa melengahkan masa dia terus mengambil wuduk dan menunaikan solat zohor. Tidak ada siapa pun yang mengetahuinya, telah lima tahun dia memeluk agama suci ini. betapa tidak, lapan tahun lepas, di Laman Desa Resort dia jatuh cinta dua kali. Pertama dengan agama suci ini. dan kedua dengan gadis kecil itu.

Cintanya itu menemukan dia dengan kebahagiaan yang dia cari-cari selama ini. cintanya melorongkan dia ke arah ketenangan jiwa. Ke arah kedamaian hatinya. Sebab itulah dia tidak pernah menerima tawaran iklan untuk mengiklankan arak. Dan selama dia mengenali cintanya juga, dia tidak pernah lagi mengunjungi kelab-kelab malam dan juga pub di waktu luangnya. Masanya banyak dihabiskan untuk memperbanyakkan ilmu di dada mengenai islam.

Dia mahu menjadi seorang pelindung yang terbaik untuk cinta keduanya. Menjadi iman di dalam rumahtangganya. Menjadi tiang yang kukuh untuk rumah yang bakal dibinanya. Semuanya dilakukan kerana cintanya pada Allah. Meresap jauh di dalam setiap aliran darahnya. Kerana itu juga dia boleh bersabar menahan rindu pada gadis kecil itu. kerana rindu yang membara itu mendekat dirinya padaNya. Dia yang kupuja. Ku bersujud padaMu. Bisik hati Alan Yeoh Abdullah.

Usai menunaikan solat zohor, dendangan lagu Maher Zain meminta dia mengangkatnya. Sepintas nama di skin telefon dilihatnya.

“assamualaikum”

“waalaikumussalam abang alan” jawab suara garau yang  ceria dari sebelah sana.

“hai dik, apa khabar? Lama tak call abang” usik Alan

“tak call apanya, adik call asyik-asyik suara perempuan seksi yang jawab” sindir Adik atau nama penuhnya Aizat Arief.

“hahahhahaha..” Alan ketawa riang.

“sorry..sorry..abang sebenarnya shooting kat Phuket Thailand. Sebab itulah nombor ni abang tutup. Semalam baru sampai. Dah kena terjah oleh krew Melodi.”

“adik tengok tak Melodi tadi?”

“tengok….agak-agak along perasan tak frasa yang abang ungkapkan tuh?” aju Adik.

“rasanya tak kot. Along faham jer laa..jiwa kayu skit. Bukannya alert dengan benda ni semua”sambung Adik lagi. Selamba mengutuk kakaknya sendiri.

“amboi dik..bukan main lagi kutuk mak we abang tuh. Kalau tahu dek dia, siap kena sekeh kepala tu” balas Alan sambil ketawa.

“eleh…abang perasan je lebih. Bila masa along jadi mak we abang ni? Entah-entah along dah tak ingat abang kot. Sejak pertemuan dulu tak pernah pun along sebut nama abang. Poster pun dah dibuang” beritahu Adik.

“alaa dik, poster kat dinding bolehlah buang. Tapi di dalam hati mana leh buang begitu je. Saja dia taknak tunjuk tuh sebab korang selalu dok menyakat dia”bela Alan.

Adik ketawa lepas “ tak habis-habis lagi modal abang erk. Yang tu gak abang cakap. Yerlaa bila hati dah sayang. Dah mabuk kepayang. Semuanya betul. Semuanya manis je kan”

“tahu tak pe. Tapi ewah-ewah bukan main lagi sekarang. Jiwang-jiwang. Sejak bila? Mesti ada mak we ni”serkap Alan.

Adik ketawa lepas “mana ada. Tapi kan bang adik ada admire sorang awek ni. Cun tau. Body dia memang hot”

“hye ingat skit adik budak sekolah lagi. Kawan tak pe, bercinta jangan. Masih ramai lagi gadis hot, sexy yang bakal adik jumpa. Setakat kat MRSM tuh apalah sangat. Tak
berkembang langsung” dalam memberi nasihat, Alan menyindir.

“ceh..tahu lah abang selalu jumpa girl yang hot- hot. Tapi tak per.. nanti abang boleh kenalkan kat adik kan”pinta Adik nakal.

“boleh..boleh blah… mama dengan papa siap bagi warning kat abang, jangan dok layan sangat perangai adik ni. Tak ada faedahnya”

“apa lak tak ada faedah. Experience tu bang” ujar adik lalu ketawa berdekah-dekah.

“minggu depan adik balik. Kita jumpa yer bang”

“ok..see u next week. Abang nak keluar ni, ada shooting untuk majalah maskulin”

“ok..”

“take care, jangan lupa study. Jangan dok mengorat jer” nasihat Alan sebelum memutuskan talian.

Tersenyum dia sendirian. Tanpa pengetahuan dia, Alan sering berjumpa dengan angah dan adik. Banyak sungguh perkembangan terbaru tentang si gadis kecilnya, dia perolehi. Tanpa sangka perhubungan lapan tahun lepas terjalin secara rahsia tanpa diketahui olehnya. Alan juga turut rapat dengan mak tok dan tok ayah sebelum mereka kembali ke rahmatullah tiga tahun yang lepas. tok ayahlah yang mengajar dia membaca al-Quran. Menjadi tok gurunya ketika dia mula-mula memeluk islam dulu. bahkan dia telah dianggap sebagai cucu mereka sendiri.

Setiap tahun pasti Alan mengunjungi mereka. Menghabiskan masanya bersantai di Laman Desa Resort itu. suasana nyaman di situ bagaikan sebati dengan dirinya. di situ juga dia mengutip kenangan manis bersama si gadis kecil dan adik-adiknya. Di situ juga dia meluahkan rasa rindu di angin yang bertiup sepoi-sepoi.

Tanpa ingin melayan rindu di hati, Alan terus keluar menuju ke kereta pengurusnya untuk tempat yang dijanjikan. Senyuman dilemparkan, sebelum dia mengambil tempat disebelahnya.

“hepi nampak”

“of courselah..bakal adik ipar I telefon tadi. Rindu nak jumpa diorang”

“rindu nak jumpa diorang ke rindu nak jumpa along diorang” sindir Adli kawan baik merangkap pengurus Alan. Alan ketawa lepas.

“tahu je u nih”

“next week I akan jumpa adik, kosongkan jadual hari sabtu erk”

“jumpa adik pun jadilah bro..nak jumpa kakaknya kena tunggu lagi” bisik Alan perlahan.

“be patient. Tak lama lagi” nasihat Adli.

“but u memang serius ke nak berundur selepas itu” soal Adli lagi. Inginkan kepastian. Ia jua melibatkan masa depannya juga.

“lambat laun pun I akan berundur. Takkan selamanya I berada di dalam industri ini” jawab Alan.

“but don’t worry, I dah arranged kan segalanya. Terpulang pada u nak terima atau tidak tawaran I tu. Kalau u still lagi nak jadi pengurus artis. Go on. I takkan paksa u”.

Adli mendiamkan diri sambil memandu kereta dengan kelajuan sederhana. Dia masih lagi mempertimbangkan tawaran Alan itu. sayang juga nak tinggalkan bidang ni. Tapi hanya dengan Alan sahaja di serasi. Untuk menguruskan artis lain. Takut banyak kerenah pun. itu belum lagi terkena gossip-gossip panas. Tapi sampai bila dia akan menjadi pengurus artis ni. Ada peluang lain yang lebih baik. Baik diterima sahajakan?.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2011 08:40 AM | Show all posts
Bab 7
“Along…lepas makan nanti ada benda yang mama dan papa nak sampaikan kat Along” Puan Faridah memecah kesunyian di meja makan itu. Aina mengangkat wajahnya dan memandang wajah mama dengan penuh tanda tanya.

“apa dia mama? Kat sini tak boleh cakap ker?”tanya Aina perlahan.

“lepas makan nanti lagi. Baru mama cakap. Tengah makan ni tak elok banyak cakap”dalih Puan Faridah sambil menjeling suaminya yang sedang ralit menyuap makanan.

Terasa di perhatikan, Encik Aizat Zulkarnain berpaling memandang isterinya itu. dan bersuara.

“betul cakap mama tu long. lagipun dah lama kita tak berbual-bualkan. Nama je duduk serumah tetapi jarang sangat berbual. Masing-masing sibuk. Papa rindu dengan kemeriahan rumah kita ni dulu. agaknya bilalah papa dengar suara kanak-kanak kat dalam rumah ini lagi yer” ujar papa.

Lagilah Aina berkerut dahinya. Lain macam je kata-kata papa ni. Ada apa-apa yang tak kenal ker. Dipandang pula wajah mama. Sebuah senyuman terlukis di wajahnya. Tanpa mahu melanjutkan perbualan, mereka makan di dalam keadaan senyap.

Selesai makan, Aina menolong bibik membancuh seteko teh panas untuk diminum ketika menonton televisyen. Di bawa ke ruang menonton dengan sepiring buah epal hijau dan juga tembikai yang siap dipotong. Tingkah lakunya langsung tidak menunjukkan dia kekok berada di dapur. Hasil asuhan dan didikan arwah mak tok lapan tahun dulu, Aina kini bukan lagi gadis yang tak tahu melakukan kerja rumah. Malah kini dia lebih cekap dan lebih pandai memasak berbanding mamanya. Pakaiannya juga banyak yang dijahit sendiri. Cakap sahaja apa jenis fesyen yang dikehendaki, tak kiralah sama ada moden atau tradisional, Aina mampu menjahitnya.

Dalam diam dia amat berterima kasih kepada mama. Jika bukan kerana mama bertegas supaya dia menghabiskan masa selama 3 bulan di kampong, tentu sahaja dia takkan pandai seperti sekarang ni. Tentunya dia seperti gadis Bandar lain tidak berapa pandai dalam soal pengurusan rumah tangga. Dari kerana paksaan juga, akhirnya timbul minat dia untuk terus mempraktikkan setiap resepi yang diturunkan. Dari situ juga, Aina membuat keputusan untuk mengikuti kelas jahitan secara sambilan. Hasilnya, barulah dia tahu dia sebenarnya mempunyai bakat yang terpendam. Dia kreatif dalam merek fesyen pakaian.
Sambil bersantai dan menonton tv, Aina masih lagi tertanya-tanya perkara apa yang ingin diberitahu oleh mama. Namun masa terasa lambat berlalu. Rasanya dah lama sangat dia menunggu mama membuka mulut. Tetapi selamba sahaja mama menonton tv. Aina tak boleh bersabar lagi. lantas cepat jer dia membuka mulut ingin bertanya.

“mama…”

“Along” serentak pula mereka membuka mulut.

“hmmm ada apa? Tanya mama.

“errrr…apa benda yang mama nak beritahu along ni? Dari tadi lagi along tunggu” Tanya along tak sabar-sabar.

“issshhh..anak dara papa ni kena belajar bersabar. Tak boleh nak terburu-buru macam ni. Nanti suami tak suka” tegur papa.

“suami? Pak we pun tak de lagi, apatah lagi suami. Papa ni,…”muncung je mulut Aina mendengar teguran papa. Papa dan mama saling membalas senyuman.

“tak ada pak we pun, kalau ada orang masuk meminang kira jadilah yer” ujar papa.  Berkerut dahi Aina mendengarnya.

“apa ni pa? mama dan papa nak cakap apa nie? Tak faham Along” desak Aina lagi.
Papa memberi isyarat mata kepada mama supaya berterus terang saja. Tak perlu terus menduga hati anak dara mereka itu.

“isyyy..anak mama ni dah besar. Patut dah jadi mama orang dah” mama memulakan bicaranya. Berdebar-debar Aina mendengarnya. Rasanya dia tahu arah tuju perbualan ini.

Tentunya ada orang telah datang merisiknya. Bisik hati kecilnya.

“Along…ini sebenarnya wasiat mak tok dan tok ayah…”mama terhenti seketika menarik nafas sebelum menyambung kembali.

“sebelum mereka meninggal, mereka berpesan supaya menjodohkan Along dengan anak angkat mereka.”

“anak angkat? Bila pula mak tok amik anak angkat? Along tak tahu pun” berkerut dahinya.

“lima tahun lepas. Mungkin mak tok lupa nak beritahu kot. Mama dan papa pun tahu masa mak tok tengah dok sakit-sakit. Anak angkat mak tok lah yang banyak membantu menjaga mak tok sebelum mama balik menjaga dia” terang mama. Aina diam saja. Dia tahu mama adalah anak tunggal mak tok dan tok ayah. Jadi selama ini dia memang tahu dia tidak ada bapa atau mak saudara sebelah mamanya. Dan malam ini, kisah mak tok ada anak angkat, benar-benar mengejutkannya.

“habis tu apa kaitannya dengan Along?”

“mak tok wasiatkan selepas Along mencapai umur 25 tahun, mak tok menyuruh mama dan papa mengahwinkan along dengan anak angkatnya yang bernama Muhamad itu” perlahan sahaja suara mama menyampaikannya.

Terkejut sungguh Aina mendengar. Mana mungkin dia berkahwin dengan anak angkat mak tok. Kiranya itu bapa saudara dialah.

“apa mama? Kahwin? Dengan orang tua? Anak angkat mak tok, maknanya adik angkat mama, maknanya lagi bapa saudara along?”

“along tak nak.”tempik Aina. Terus sahaja dia bangun. Tak ingin lagi mendengar apa yang mahu mama cakapkan lagi.

“along duduk dulu, kami tak habis cakap Lagi ni” tegur papa pula.

“tak nak, along tak nak dengar. Dan along tak nak kawin dengan orang tua. Tak kiralah wasiat mak tok ke tok ayah ke. Along tak nak” jerit Aina sambil menangis.

“tak semestinya anak angkat mak tok tu orang tua. Mana along tahu? Jumpa pun tak lagi, terus along buat penilaian anak angkat mak tok tuh orang tua”

“tak pernah berubah-ubah perangai terburu-buru tu. Ingat bila dah kerja dan berumur 25 tahun ni, along dah belajar bersabar. Menimbangkan dulu sesuatu perkara itu sebelum menilainya”terus sahaja papa memberi ceramah yang lebih berupa teguran itu.

  Meleleh air mata Aina di pipi. Dia tidak jadi naik ke biliknya di tingkat atas. Lalu dipeluk mama sambil menangis teresak-esak.

“mama..please..along tak nak kahwin lagi. Along tak suka dijodohkan dengan orang yang Aina tak kenal. Please mama, biarlah along cari jodoh along sendiri.”rayu Aina di dalam pelukan mamanya. Tanpa dia menyedari, mama dan papa bermain mata. Tersenyum-senyum dengan telatah anak sulungnya itu. nama je dah besar panjang. Tapi manjanya lebih daripada adiknya yang bongsu.

“tak boleh long, tentang wasiat ni tak boleh dibuat main-main. Setiap wasiat patut ditunaikan oleh mereka yang masih hidup ni. Nanti kasihan kat mak tok di sana. Tak tercapai hasrat terakhirnya itu.”

“mama rasa Along patut cuba terima dia. Rasanya mak tok dah lakukan yang terbaik dengan mewasiatkan Along berkahwin dengan Muhamad. Tentunya mak tok hendak seorang lelaki yang terbaik untuk menjaga cucu perempuan kesayangannya ini”

“lagipun menurut wasiat mak tok lagi, Along perlu berkahwin dengan Muhamad selepas tiga bulan hari jadi along yang ke 25 tahun. Maknanya tinggal lagi 2 bulan.”

“mana boleh. Cepat sangat. Along tak bersedia lagi ma” balas Aina dalam tangisannya.
“tak bersedia apanya, kursus kahwin along dah amik masa study kat UM dulukan? Lagipun Muhamad cakap semuanya dia telah sediakan. Along tak perlu susah payah. Cuma perlu ukuran baju sahaja. Ataupun Along nak buat sendiri baju nikah pun, boleh. Muhamad cakap dia tak kisah”

“apa ni mama, sukati dia je buat keputusan. Mama tak patut biarkan dia buat sesuka hati dia” marah Aina.

“nak buat macam mana. Dah mak tok yang suruh dia uruskan semuanya. Mama dan papa terpaksa akur je laa” ujar papa pula. Sambil berbalas senyuman dengan mama.

Aina tetap tidak berpuas hati dengan papa dan mama. Sesuka hati mereka je menyerahkan semuanya ke tangan Muhamad. Padahal dia satu-satunya anak perempuan yang mereka ada. Takkan mereka tak teruja untuk menguruskan majlis perkahwinan satu-satunya anak gadis mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 01:48 PM | Show all posts
hehehe...sian Aina..dia sorang jer yang tak tahu lagi..mesti dia terkejut beruk nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 08:33 AM | Show all posts
Mula-mula macam tak baca je tengok tulisan yang kecik sangat. Sekarang baru ada mood.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2011 09:23 AM | Show all posts
Reply 34# nikiflee

sebenarnya ini adalah kejutan untuk dia...kononnya nak cover, dia dah tak sukakan alan yeoh laa.. tp padahal dalam hati tetap merindui...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2011 09:24 AM | Show all posts
Reply 35# azwamg


   sori2.. mula2 tu mmg shima tak pandai nk nak post lagi.. ni belajar skit2...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 10:32 AM | Show all posts
bila nak sambung lagi shimah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2011 12:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by shimah81 at 6-5-2011 12:31

Bab 8
Malam itu Aina tidak dapat melelapkan matanya. Perbualan dengan mama dan papa sedikit sebanyak telah mengambil nikmat tidurnya. Hatinya gundah gulana. Tak percaya, betapa senangnya mama hendak melepaskan dia ke tangan seorang lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Biarpun lelaki itu anak angkat mak tok, tak sepatutnya dia dijadikan jambatan untuk mengeratkan lagi hubungan angkat itu. tak patut betul. Kenapalah mak tok dan tok ayah meninggalkan dilemma ini padanya. Padahal mak tok dan tok ayah sangat sayang pada dia. Tetapi rupanya dia silap. Mak tok dan tok ayah lebih sayangkan anak angkat mereka. Sebab itulah tak pasal-pasal dia menjadi calon menantu anak angkat mereka.
Aina gelisah. Dikalihkan badannya kiri dan kanan. Puas dia berzikir. Puas dia mengulang baca 3 qul, tetapi matanya tetap tidak mahu lena. Macam mana nak lena kalau fikiran berfikir mengalahkan perdana menteri memikirkan masalah Negara je. Bukan masalah berat pun. Tapi apabila berkaitan dengan hati dan perasan ,tentu sahaja menjadi masalah besar kepada Aina. Apatah lagi hatinya sekian lama dihuni oleh seseorang. Namun apa dayakan, andai hatinya sahaja yang merindu, orang yang dirindui entah, ingat entah tidak pada dirinya.

Lagi-lagi dia mengeluh. Untuk sekian kalinya dipandang jam di sisinya, pukul satu pagi. Patutnya masa ni, dia dah di alam mimpi bertemu pujaan hatinya. namun apakah daya, mata tak mahu lena, fikiran asyik berfikir dan terus berfikir tentang perkara yang diberitahu oleh mama dan papa tadi. Sampai hilang rasa letih dan mengantuknya.

Ingin dicurahkan rasa hati. Lalu Aina menghidupkan laptop dan terus meng-update-kan status terkininya di facebook.

Dalam terpaksa kumerelakan segalanya..selamat tinggal sayang..selamat tinggal pujaan. Bukan ku pinta, jadi begini

Tak sampai seminit, tiba-tiba sahaja secret admire menegurnya

Secret admire : what happen dear, dalam maksud kat status tu. Sedihnya bunyi


Aina batrisya : memang tengah sedih ni huawaaa..huawaa 


Secret admire : kenapa? Ceritalah mana tahu I boleh tolong u


Aina batrisya : tak ada siapa yang boleh tolong. Sampai hati mak tok buat I begini.


Secret admire : apa sebenarnya ni, apa yang mak tok u buat pada u?


Aina batrisya : mak tok tinggalkan wasiat supaya I kahwin dengan anak angkatnya. Tiba-tiba je timbul anak angkat. Padahal sebelum ini, I tak tahu pulak mama ada adik angkat. Dan mama pun tak tahu dia ada adik angkat selama ini.beberapa bulan sebelum mak tok meninggal baru mama tahu.


Aina batrisya : pulak tu mama dan papa sikit pun tak membantah wasiat tersebut. Memang diorang tak sayangkan i. lagi I geramnya boleh je mama biarkan lelaki tu yang uruskan semuanya. Padahal anak perempuan dia ni yang nak kawin. Tak patut mama dan papa lepas tangan macam tu jer


Secret admire : mungkin mereka pun tak suka u dijodohkan dengan anak angkat mak tok u kot. Sebab itulah mereka tak nak masuk campur.


Aina batrisya : tak suka? Tak macam orang tak suka pun. Macam suka je mereka. Macam tak ada apa yang perlu dirisaukan. Padahal mereka patut cari jalan supaya I tak payah kawin dengan lelaki tut u.


Secret admire: lelaki tua? Maksud u anak angkat mak tok u tu dah tua lah. U dah pernah jumpa dia ker?


Aina batrisya: jumpa tu tak pernahlah. I agak je. Yerlaa kalau anak angkat kira macam dah tualaa. Sebab jadi adik angkat mama. Maknanya pak cik I lah. Bukan ke macam tua. Tapi tak sedar diri. Ada hati nak kawin dengan gadis muda macam I nih


Secret admire : tak baik u prejudis macam tuh. U tak jumpa dia lagi, u dah kata dia macam-macam. Patutnya u jumpa dia dulu. Kemudian baru buat penilaian. Manalah tahukan, sekali u jumpa dia terus u jatuh cinta. Mana tau kan?


Aina batrisya : beranganlah nak jumpa. Jangan harap. Dah nak sangat kawin. Nanti masa akad nikah nanti baru jumpa


secret admire : uish dasyat u ni. Sanggup ke u hidup dengan orang yang u tak suka seumur hidup u?


Aina batrisya : nak buat macam mana, dah nasib I macam ni. Terpaksalah terima. . Mama dan papa pulak buat tak tahu je.


Secret admire : patutnya u kena jumpa dia dulu. Cakap elok-elok dengan dia. Manalah tahu dia boleh consider lagi ker.


Aina batrisya : dia nak consider. Jangan harap ler. Mama cakap dia dah buat semua persediaan untuk kahwin nanti. Lagi 2 bulan I akan kahwin. Semua persiapan hampir selesai. Takkanlah dia nak consider lagi.


Secret admire : tak patut dia buat u macam tu. Patutnya dia jumpa u dulu. Sama-sama bincang. Tak pun Tanya u dari hati ke hati sudi tak u hidup bersama dengannya kan


Aina batrisya : betul apa yang u cakapkan tu. Dah dasar orang tua kemaruk nak kahwin kot. Macam tulah jadinya. Mama dan papa pulak, tak tahu lah dia bagi makan ubat guna-guna ker apa, menurut je.


Secret admire : tak baik u cakap macam tu. Manalah tahu dia betul-betul cintakan u. u je yang tak tahu. Ke u ada sukakan orang lain.


Aina batrisya : hmmmm..ada seseorang di dalam hati i. tapi I tahu I tak mungkin bersama dengannya.


Secret admire : siapa? Cakaplah. I kenal ke?


Aina batrisya : kalau I cakapkan mesti u gelakkan I kan. Yerlaa lelaki itu pujaan satu Malaysia ni. Manalah dia nak pandang I tak berapa lawa nih


Secret admire : u ni kelakarlah. Ada pulak cakap macam tuh. Lawa dan comel pe I tengok pict u kat dalam FB nih.


Aina batrisya : lawa ker? Kembang sat hidung ini, pagi-pagi buta orang puji. Hahahhaa…


Secret admire : cakaplah siapa?


Aina batrisya : janji u jangan gelak tau. Nanti dia cakap I ni perasan terlebih lak.


Secret admire : promise.


Aina Batrisya : Alan Yeoh.


Secret Admire : memang pujaan ramai tuh. Sesiapa pun boleh jatuh cinta dengan dia. Hensem, popular lak tuh. I yang lelaki ni pun boleh suka tengok dia


Aina batrisya : mesti u sekarang tengah ketawakan I kan? Ada hati nak kat orang popular macam tuh. Tak sedar dirikan.


Secret admire : aik.. itu u yang cakap. I tak cakap apa-apa pun. Gelak pun tak. Tapi suka kat u adalah.


Secret admire : suka tengok pict u. comel dan manis. Sejuk mata memandang. Bertuah sesiapa yang jadi suami u nanti.


Aina batrisya : boleh ke nilai seseorang itu melalui gambarnya sahaja. kadangkala indah khabar dari rupa je


Secret admire : tapi u I rasa tak, indah khabar. Lagi indah rupanya. Cantik luar dan dalam.


Aina batrisya : u ni dah melebih-lebih merepek ni. Kita pernah jumpa ker? Siapa u sebenarnya?


Secret admire : one fine day, u akan tahu jugak my dear.


Aina batrisya : u tak patut tau, lagi-lagi one fine day. Kenapa tidak one fine day tu hari ini? 


Secret admire : sebab..hari ini dah pukul 4 pagi. I mengantuk dah sayang. Lambat laun u akan kenal jugak i. Cuma u perlu bersabar.


Aina batrisya : lambat laun tu tak lama lagi, lepas 2 bulan I akan jadi milik orang. Masa tu dah terlambatlah.


Secret admire : nak buat macam mana bukan jodoh kita nak kenallah tu maknanya.


Aina batrisya : amboi..senangnya u cakap. U kenal I boleh. Tapi I nak kenal u tak boleh pulak!!


Secret admire. Jangan marah-marah pagi- pagi ni yang. Rezeki tak masuk nanti. Jangan risau..u kahwin @ tidak. U akan kenal jugak i.


Secret admire : ok dear..gud nite…
Tanpa sempat Aina membalas, secret admire telah pun log out. Aina mendengus geram. Geram dengan sikap secret admire itu. geram dengan sikap mama dan papa pun satu hal jugak. Tetapi matanya kian kelat. Mengantuk telah datang. Akhirnya tanpa disedari dia tertidur dihadapan laptopnya yang masih terpasang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 12:29 PM | Show all posts
sambung lagi shima..kasi habis..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.063729 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list