CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3207|Reply: 0

[Sarawak] Chiew adakan Program Walkabout Tahun Baharu Cina 2025

[Copy link]
Post time 28-1-2025 01:20 PM | Show all posts |Read mode


Chiew menyerahkan buah limau kepada pengunjung di sebuah premis makanan di bandar raya Miri ketika mengadakan tinjauan sempena persiapan menyambut Tahun Ular, dalam kalendar masyarakat Cina tahun ini.

MIRI: Sempena ketibaan perayaan Tahun Baharu Cina ini, Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man telah berkesempatan mengadakan Program Walkabout Tahun Baharu Cina 2025 di beberapa lokasi sekitar Miri termasuk Tamu Muhibah, China Town Street, SunCity Café dan Hopoh Cafe Krokop.

Sempena program ini juga, beliau telah mengedarkan buah limau, kalendar dan angpau kepada masyarakat setempat sebagai simbolik berkongsi kegembiraan dan keberkatan perayaan Tahun Baharu Cina.

"Program ini bertujuan menyampaikan semangat muhibah, menyatukan masyarakat pelbagai kaum di Miri serta memastikan kehadiran wakil rakyat sentiasa dirasai oleh rakyat," katanya dan mengambil peluang itu untuk beramah mesra dengan orang awam, penjaja serta komuniti setempat.

"Sebagai Ahli Parlimen Miri, saya percaya bahawa setiap perayaan adalah peluang untuk mengukuhkan semangat perpaduan, toleransi dan keharmonian antara masyarakat pelbagai latar belakang.

“Dengan berkongsi kegembiraan perayaan ini, kita dapat menanam nilai saling menghormati dan kasih sayang sesama kita.

"Harapan saya kepada warga Miri sempena Tahun Baharu Cina ini ialah semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan kesejahteraan kepada semua lapisan masyarakat di Miri.

“Saya berharap tahun ini menjadi tahun yang penuh dengan peluang baharu, kerjasama erat dan kemakmuran untuk kita semua," katanya.

Chiew berkata, beliau mahu terus komited memperjuangkan kepentingan terbaik bagi warga Miri.

"Saya akan memastikan segala usaha dan inisiatif yang dilaksanakan sentiasa berpandukan kepada keperluan rakyat, dengan tujuan meningkatkan kualiti hidup dan menjadikan Miri sebuah bandar raya yang inklusif, maju dan harmoni.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyokong program ini, termasuk para sukarelawan dan komuniti setempat yang menyambut kami dengan penuh keramahan.

"Semoga Tahun Baharu Cina ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kerjasama yang membuahkan hasil positif buat masyarakat di Miri," tambahnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.589400 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list