CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2722|Reply: 0

[Sabah] Polis rampas lebih tiga kilo syabu, tangkap empat pengedar di Tawau

[Copy link]
Post time 28-1-2025 12:36 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Jasmin (tiga kanan) menunjukkan dadah jenis syabu yang berjaya dirampas dalam serbuan berkenaan.

TAWAU: Polis berjaya merampas dadah jenis syabu seberat lebih tiga kilogram dianggarkan bernilai RM180,000 dalam dua serbuan di daerah ini pada Ahad dan Isnin lepas.

Turut ditahan empat lelaki termasuk dua warga asing berusia 28 hingga 41 tahun disyaki pengedar dadah di Jalan Kuhara dan Jalan Kilometer 60 Semporna-Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, rampasan pertama dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Kuhara, di sini kira-kira jam 5 petang, pada Ahad.

Katanya, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menegsan dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di rumah berkenaan.

“Kedua-dua suspek terbabit ditahan dan pemeriksaan di kawasan rumah berkenaan menemukan dua paket plastik warna keemasan mengandungi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

“Jumlah anggaran berat kasar dadah yang dirampas adalah seberat 2,039.64 gram dan kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya, rampasan kedua yang dilakukan di tepi jalan di Kilometer 60 Semporna-Tawau membabitkan dua lelaki, pada Isnin lepas, kira-kira jam 12.10 tengah malam itu.

Katanya, kejayaan rampasan kali kedua itu adalah hasil maklumat daripada tangkapan pertama yang dilakukan oleh pasukan serbuan.

“Apabila serbuan dilakukan di lokasi berkenaan, seorang suspek telah mencampakkan satu bungkusan yang dipercayai mengandungi dadah jenis syabu dianggarkan seberat 1,018.41 gram.

“Suspek bersama rakan sejenayah yang dipercayai menjadi pemandu dalam aktiviti pengedaran dadah itu turut ditangkap untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, salah seorang daripada suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ujian air kencingnya juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Jasmin berkata, semua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis kini sedang giat berusaha mengesan rangkaian pengedaran dadah ini bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.462696 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list