CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2705|Reply: 0

[Sabah] Wanita warga emas maut diserang sekumpulan anjing

[Copy link]
Post time 28-1-2025 12:34 PM | Show all posts |Read mode


MAUT: Rakaman CCTV yang tular menunjukkan mangsa diserang anjing liar di Terminal Bas Kunak.

KUNAK: Seorang wanita warga emas maut diserang sekumpulan anjing liar yang berkeliaran di Terminal Bas Kunak, di sini, Sabtu lalu.

Mangsa berusia lingkungan 60-an dipercayai diserang kira-kira 11 ekor anjing berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kira-kira jam 1.49 pagi.

Berdasarkan CCTV di lokasi itu yang tular di aplikasi WhatsApp juga, mangsa dikerumuni sekumpulan anjing sebelum haiwan terbabit menyerangnya.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Sabarudin Rahmat berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam kira-kira 6.30 pagi hari yang sama.

Katanya, maklumat berkenaan mengatakan menemukan satu mayat wanita di kawasan terminal bas berkenaan.

“Siasatan awal oleh pasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak mendapati satu mayat wanita dalam keadaan terbaring dan tidak berpakaian.

“Terdapat kesan luka dipercayai kesan gigitan anjing liar di bahagian tangan kiri, kepala, dada kanan, kedua-dua bahagian pinggang dan kedua-dua kaki mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, hasil semakan CCTV mendapati mangsa telah diserang sekumpulan anjing kira-kira 11 ekor pada 1.49 pagi, Sabtu lalu, sehingga mangsa meninggal dunia.

“Pemeriksaan lanjut mangsa dikatakan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dipercayai bukan berasal dari Kunak," katanya.

Katanya, proses bedah siasat dijalankan di Hospital Tawau hari ini dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.054433 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list