CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2453|Reply: 0

[Sabah] Sabah perlu berdaya saing dan lebih produktif

[Copy link]
Post time 28-1-2025 12:27 PM | Show all posts |Read mode


YONG TECK LEE

KOTA KINABALU: Sabah perlu menyesuaikan diri menjadi lebih berdaya saing, produktif, dan mencari pasaran eksport baharu untuk produk negeri ini.

Presiden, Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee berkata perkara yang paling membimbangkan rakyat ialah ekonomi yang dilihat masih belum pulih sepenuhnya.

Katanya, ketidaktentuan di peringkat global menjadi satu kebimbangan bahawa ekonomi Malaysia akan menghadapi banyak cabaran.

“Pemerhatian peribadi saya, jabatan kerajaan kita menghabiskan terlalu banyak masa dan perbelanjaan untuk menguruskan banyak perayaan yang mempunyai kurang atau tiada nilai ekonomi.

“Sebagai contoh, Dewan Bandaraya kita yang mempunyai komitmen tinggi sibuk dengan penganjuran atau membantu jabatan kerajaan lain untuk menganjurkan perayaan atau aktiviti,” katanya dalam Perutusan Tahun Baharu Cina, hari ini.

Menurutnya, Dewan Bandaraya, kementerian serta jabatan kerajaan digesa supaya lebih fokus kepada ekonomi dan aktiviti yang produktif.

“Saya menasihatkan persatuan-persatuan Cina di negeri ini supaya menganjurkan lebih banyak aktiviti yang mempunyai nilai ekonomi.

“Ia termasuklah akses kepada pasaran baharu, meningkatkan produktiviti dan melakukan lebih banyak pembangunan penjenamaan produk,” katanya.

Yong mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Tiong Hua di negeri ini, semoga diberikan kesihatan yang baik.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.084600 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list