CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3273|Reply: 0

[Kedah] Bapa harap keputusan DNA anak diperoleh segera untuk pengebumian

[Copy link]
Post time 27-1-2025 01:10 PM | Show all posts |Read mode
Bapa harap keputusan DNA anak diperoleh segera untuk pengebumian

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Januari 27, 2025 @ 12:54pm [email protected]




Mohd Zaini Hashim menunjukkan gambar anaknya, Muhammad Muslim Mohd Zaini, 23, yang ditemui rentung bersama bapa angkatnya dalam kebakaran di sebuah rumah di Tongkang Yard, Selasa lalu. - Foto NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI





ALOR SETAR: "Saya berserah kepada Allah SWT dan berharap semoga keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh dengan cepat supaya jenazahnya dapat dikebumikan segera," kata Mohd Zaini Hashim, 63.

Mohd Zaini adalah bapa kepada Muhammad Muslim Mohd Zaini, 23, yang ditemukan rentung bersama bapa angkatnya, Ibrahim Mydin, 61, dalam kebakaran di sebuah rumah di Tongkang Yard, Selasa lalu.

Katanya, setakat ini laporan keputusan DNA itu masih belum diperoleh dan jasad anaknya berada di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

"Keadaan anak dan bapa angkatnya (Ibrahim Mydin, 61) ketika ditemui dalam keadaan rentung, jadi kami perlu tunggu keputusan DNA sebelum boleh tuntut jenazah anak.

Sebelum itu, Mohd Zaini berkata, dia hanya dapat mengecam salah satu mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah itu adalah anaknya berdasarkan 'bangle' (rantai tangan lelaki), rantai dan cincin yang ditemui pada mangsa.

Dalam pada itu, polis membuka siasatan berhubung kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mengklasifikasikan kes kebakaran itu sebagai kes bunuh yang berpunca akibat dendam.

Berikutan itu, lima suspek berusia antara 19 hingga 53 tahun termasuk anak saudara Ibrahim ditahan untuk membantu siasatan.

Siasatan mendapati Ibrahim membuat laporan telefon bimbitnya dicuri sehari sebelum kejadian sebelum menarik balik laporan selepas suspek menyerahkan semula barangan itu.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/01/1354246/bapa-harap-keputusan-dna-anak-diperoleh-segera-untuk-pengebumian





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.272396 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list