View: 3946|Reply: 2
|
Econsave teruskan kutipan Tabung Kecemasan Gaza
[Copy link]
|
|
JOHOR BAHRU – Atas sambutan yang menggalakkan, Pasaraya Econsave Cash And Carry (Econsave) meneruskan kutipan Tabung Kecemasan Gaza di semua cawangannya.
Pengurus Besar Econsave Mas Imran Adam berkata, Tabung kecemasan Gaza yang dilancarkan dengan kerjasama Humanitarian Care Malaysia (MYCARE) sejak Oktober 2023 hingga hujung tahun lalu mencatat kutipan dana keseluruhan sejumlah RM2 juta.
Katanya, daripada jumlah itu, RM65,000 digunakan bagi membangunkan kemudahan pendidikan yang memanfaatkan lebih 300 pelajar di Gaza.
“Projek kemanusiaan itu diharap dapat memberikan sinar baharu bagi kumpulan murid dan pelajar di situ susulan peperangan yang berlaku memusnahkan pelbagai infrastruktur termasuk sekolah. Dana yang dikumpulkan itu diadakan di sebuah bangunan yang dijadikan sebagai sekolah sementara berhampiran kem pelarian Jabalia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baharu Cina di Econsave Permas Jaya di sini hari ini.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Pandai dia kutip duit melayu. Cine ade ke yang nak derme? |
|
|
|
|
|
|
|
Penderma (esp melayu) yang menderma ni dimotivasikan antara lain oleh 3 faktor
1. Percaya GAZA itu sebahagian tanah haram kerana ia Palestine. Apa yang mereka tidak diberitahu ialah tanah haram itu di Baitul Maqdis yang terletak di tebing Barat.
2. Menolong sesama Islam. Mereka tidak peduli sangat siapa betul siapa salah. Mereka juga menyokong penghapusan terus negara yahudi Israel.
3. Purely atas dasar kemanusiaan. Yang ini is rare lah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|