CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3575|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak akan mulakan projek Lebuh Raya Pesisir Utara tahun ini

[Copy link]
Post time 27-1-2025 11:47 AM | Show all posts |Read mode


(Dari kiri) Paulus, Dr Rahman, Awangku Jinal dan Awang Tengah bersama tetamu lain menyerahkan sumbangan TBC kepada golongan OKU di Limbang hari ini.
LIMBANG: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Sarawak akan memulakan projek Lebuh Raya Pesisir Utara tahun ini.

Katanya, selain Lebuh Raya Pesisir Utara, pembinaan Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) juga diteruskan tahun ini berserta kemudahan dan infrastruktur.

“Utara Sarawak akan dibangunkan dengan kemudahan dan infrastruktur, dan tahun ini kita akan memulakan pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara serta SSLR untuk menghubungkan Limbang terus ke Miri.

“Begitu juga dengan projek bekalan elektrik di Limbang dan Lawas yang akan disambung kepada sistem grid negeri,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baharu Cina (TBC) Daerah Limbang 2025 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abidin Dato Pengiran Jawa, Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal dan pengerusi pengelola program Penghulu Ang Chiw Kiam.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak menjelaskan, projek-projek pembangunan terbabit akan mempercepatkan usaha mewujudkan peluang ekonomi.

“Begitu juga dengan sektor pelancongan dengan keindahan alam semula jadi seperti Gunung Buda, ekopelancongan dan peluang membangunkan sektor pertanian moden, penternakan, agrikultur, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan projek lain,” ujar beliau.

Tambahnya, Sarawak mempunyai banyak sumber untuk dibangunkan.

“Usaha membangunkan Sarawak akan diteruskan dan rakyat perlu bekerjasama dengan kerajaan ke arah ekonomi baharu, ekonomi sirkular dan semua ini harus melalui penyertaan rakyat supaya kita tidak tertinggal dengan perubahan.

“Aktiviti ekonomi akan terus dipertingkatkan dan rakyat perlu mendukung bentuk ekonomi baharu ini.

“Ini berlaku bukan sahaja di negara kita, tetapi di seluruh dunia turut menerima perubahan, dan keupayaan dari segi kemahiran juga diperkasa,” ujarnya.

Kata Awang Tengah, kestabilan politik dan keharmonian akan membolehkan kerajaan menumpukan usaha membangun dan membantu rakyat.

“Inilah keunikan yang ada di Sarawak yang mempunyai kepelbagaian kaum dan mampu mengukuhkan kerjasama dan masing-masing bebas mengamalkan ajaran agama mereka.

“Perayaan TBC bukan sahaja diraikan satu-satu kaum tetapi dirayakan semua kaum termasuk perayaan utama lain.

“Kita berkongsi perayaan ini, kita harus kekalkan semangat perpaduan, kita tidak mahu sebarang bentuk ekstremisme ada dalam masyarakat,” tambahnya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.087050 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list