CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23986|Reply: 0

[Kedah] Penduduk kini sudah boleh tidur lena

[Copy link]
Post time 26-1-2025 03:02 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk kini sudah boleh tidur lena

Noorazura Abdul Rahman[email protected]





MOHD Desa Jusoh. FOTO Adie Zulkifli





Baling: Selepas tiga minggu bersengkang mata melakukan rondaan, penduduk sekitar Kupang, di sini, kini dapat tidur lena selepas suspek kes bakar sudah ditahan, Isnin lalu.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Charuk Kapas, Kuala Pegang, Mohd Desa Jusoh, 61, berkata penduduk tidak lagi bimbang rumah mereka akan menjadi sasaran selepas sebuah rumah di kampung itu terbakar pada 13 Januari lalu.

Bagaimanapun katanya, pihaknya tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan menempatkan orang berjaya di empat simpang jalan di kampung itu.

"Sejak kebakaran bermula 24 Disember lalu di Kupang, seramai 50 penduduk melakukan rondaan dan berjaga di pondok kawalan.

"Kami berjaga bermula 8.30 malam hingga 5.30 pagi, boleh dikatakan semua orang tak tidur lena, ada yang berjaga malam, siang pula pergi bekerja, lebam mata masing-masing tak tidur.

"Sebab 15 Januari lalu selepas sebuah rumah penduduk terbakar, penduduk ada terserempak dengan dua lelaki yang menaiki motosikal di dalam kebun kelapa sawit pada waktu malam," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mohd Desa berkata mereka kini mengurangkan rondaan terutama di kawasan kebun kelapa sawit dan semak sebelum secara beransur-ansur menghentikan kawalan, tetapi bergantung kepada keadaan.

"Alhamdulillah keadaan sekarang tak cemas seperti sebelum ini, jika tidak sana sini dengar ada orang simbah petrol, tapi sekarang tak dengar lagi," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh dipetik berkata, suspek yang ditahan di Kupang pada 20 Januari lalu mengaku membakar rumah di Baling.

Suspek berusia 23 tahun itu dilaporkan bertindak atas rasa dendam kerana dibuli di tempat kerja dan dipulau penduduk setempat.

Ibu suspek pula mendakwa anaknya yang lembam pernah mengadu dibuli di tempat kerja sebelum berhenti kerja, dua tahun lalu.



Disiarkan pada: Januari 26, 2025 @ 2:00pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1180726/penduduk-kini-sudah-boleh-tidur-lena




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.047428 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list