CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1563|Reply: 0

[Kedah] Proses permohonan permit masuk warga asing dipercepat kepada 6 bulan

[Copy link]
Post time 25-1-2025 04:58 PM | Show all posts |Read mode
Proses permohonan permit masuk warga asing dipercepat kepada 6 bulan

Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Januari 25, 2025 @ 3:38pm [email protected]




Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar





KULIM: Proses permohonan permit masuk bagi warga asing yang berkahwin dengan warga tempatan akan disingkatkan kepada enam bulan bagi memudahkan pemohon terbabit.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata usaha itu dilakukan selepas pihaknya mendapat banyak rungutan mengenai proses permohonan permit masuk yang memakan masa terlalu panjang.

Katanya, sebelum ini berlaku kes di mana permohonan permit masuk membabitkan pasangan warga tempatan terpaksa menunggu sehingga 17 tahun bagi mendapat kelulusan.

"Proses ini akan mengikut piagam pelanggan yang lebih realistik iaitu enam bulan selepas permohonan lengkap dikemukakan, sebelum ini tiada ikatan dan keputusan itu kita akan proses seperti biasa termasuk semakan dokumen dan tapisan keselamatan.

"Katalah suami orang Karangan (di Kulim) dan isteri orang Thailand. Sebelum ini isteri masuk guna permit pasangan, kemudian mohon permit masuk sebelum boleh dapat status penduduk tetap dan seterusnya warganegara.

"Sekarang kita nak bantu mempercepatkan proses permohonan permit masuk itu, maknanya dia tahu bila dibuat permohonan, dia tahu berapa lama akan dapat keputusan," katanya pada sidang media selepas hadir Program Sua Mesra KDN di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Karangan, Padang Serai, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, penambahbaikan itu diharap dapat membantu membantu mempercepat proses permohonan tanpa birokrasi yang rumit, sekali gus dapat menumpukan perhatian kepada keluarga mereka.

"Satu prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pembaharuan itu akan dikeluarkan bagi membantu setiap permohonan yang merangkumi senarai semak dokumen dan kesemua urusan berkaitan.

"Setakat ini sebanyak 23,674 permohonan permit masuk direkodkan sejak 2020 hingga tahun lalu dengan 52 peratus permohonan itu berjaya, manakala bakinya ditolak atas pelbagai faktor," katanya.

Permit masuk adalah dokumen membenarkan seorang warga asing bukan warganegara untuk masuk dan tinggal di Malaysia bagi semua tujuan sama ada bekerja, belajar atau memiliki keluarga.

Permohonan permit masuk terbuka kepada individu yang bukan bertaraf warganegara tetapi berada dan menetap di Malaysia.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1353606/proses-permohonan-permit-masuk-warga-asing-dipercepat-kepada-6-bulan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.048686 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list