CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 644|Reply: 0

Terkejut lihat wajah sebenar penstrim kesayangan

[Copy link]
Post time 25-1-2025 03:14 PM | Show all posts |Read mode

WAJAH sebenar You Chong (kanan) berbanding gambar profil yang mengejutkan peminatnya. FOTO Douyin.

Beijing: Seorang penstrim permainan dalam talian popular di China mengejutkan ribuan peminatnya apabila tampil secara langsung untuk menerima anugerah dengan penampilan agak berbeza daripada gambar profil digunakan.

The Straits Times melaporkan, You Chong menerima Anugerah 12 Penstrim Paling Popular daripada pencipta permainan lumba dalam talian, QQ Speed.

Dia yang terkenal dengan kandungan menarik dan penjelasan teratur mengenai teknik perlumbaan, bertukar menjadi pempengaruh selepas mengumpul peminat yang ramai.

Peminatnya gembira apabila wanita itu diberi penghargaan itu, namun mereka terkejut apabila melihat wajah sebenar You Chong pada majlis yang berlangsung di Taicang, Wilayah Jiangsu, 19 Januari lalu.

Wanita itu sempat berucap ringkas selepas menerima anugerah dengan berterima kasih kepada penganjur, namun suasana dikatakan senyap selepas dia mengakhiri ucapan, sama ada di dewan majlis mahupun dalam talian.

Dikatakan, itu adalah kali pertama peminatnya menatap wajah sebenar You Chong, memandangkan selama ini hanya melihat gambar profil yang jauh berbeza.

Perkara itu mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, dengan ada yang menuduh You Chong menipu mereka menerusi gambar palsu.

Manakala, sebahagian peminat lain mempertahankannya dengan berkata, teknik perlumbaan dan pendekatan interaksi wanita itu yang sepatutnya dihargai, berbanding penampilan.


Disiarkan pada: Januari 25, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.072978 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list