Pelajar-pelajar SMPN 39 Surabaya sedang tidur pada waktu tengah hari. -Agensi
SURABAYA - Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Pertama Negeri (SMPN) 39 Surabaya telah berjaya menjalani percubaan program pelaksanaan tidur pada waktu tengah hari, kata pengetua sekolah berkenaan, Rini Aswinarti.
Jelasnya, program berkenaan adalah hasil perbincangan dengan ramai pihak bertujuan membolehkan pelajar lebih fokus belajar tanpa rasa mengantuk di dalam kelas.
"Program ini masih di peringkat percubaan, semua pelajar telah diminta untuk melakukannya, jika ada kelemahan kita akan baiki," katanya kepada wartawan pada Rabu.
Dalam pada itu video yang dimuat naik di Instagram rasmi sekolah tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.
"Mengapa tidur pada waktu tengah hari itu penting? Kerana ia mempunyai banyak manfaat, durasi waktu paling ideal untuk tidur adalah dari 10-60 minit dan waktu terbaik untuk dilakukan adalah antara jam 1 tengah hari dan tidak lebih dari jam 3 petang," demikian menurut kenyataan pada hantaran video berkenaan. -Agensi
|