CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17036|Reply: 0

Kepengerusian Malaysia dalam Asean beri harapan tangani krisis Myanmar – Utusan PBB

[Copy link]
Post time 23-1-2025 07:45 AM | Show all posts |Read mode

Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar, Julie Bishop.- Foto fail NSTP

DAVOS: Kepimpinan Malaysia dalam ASEAN memberi harapan untuk meredakan krisis berpanjangan di Myanmar, kata Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar, Julie Bishop.

Dalam ucapannya ketika Sidang Pleno ASEAN bertajuk "Even Stronger Together" di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecuali kumpulan itu dalam isu dalaman sambil mengakui tanggungjawabnya mencari penyelesaian damai.

Beliau turut menyatakan ASEAN mengambil langkah melalui pelan konsensus lima perkara, walaupun pelaksanaannya lebih perlahan daripada yang diharapkan.

"Adalah mengecewakan bahawa pelan konsensus lima perkara itu tidak dilaksanakan pada skala atau kelajuan yang kita inginkan. Situasi di Myanmar semakin merosot, tetapi saya melihat ada sinar di penghujung terowong dengan peneraju Malaysia dalam ASEAN serta pelantikan Utusan Khas baharu mereka," katanya.

Bishop menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan ASEAN dalam menamatkan krisis kemanusiaan dan konflik yang berlarutan serta mengawal jenayah rentas sempadan di Myanmar.

Sesi itu yang dikendalikan Presiden WEF, Borge Brende, dengan penyertaan panel lain termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh; Pengerusi Global Mastercard, Michael Miebach dan Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh, Prof Muhammad Yunus.

Bishop turut menyeru usaha diplomasi yang lebih kukuh untuk mencapai keamanan dan kestabilan di Myanmar, sambil menegaskan bahawa ASEAN dan PBB boleh memainkan peranan penting dalam membawa negara itu kembali ke arus perdana dunia.

"Bersama-sama, ASEAN dan PBB boleh menjadi pembina jambatan, penyampai mesej damai yang amat diperlukan di Myanmar.

"Saya amat berharap Myanmar akan kembali sebagai anggota ASEAN yang berfungsi sepenuhnya, di peringkat serantau, dan malah di arena global," katanya.

Disiarkan pada: Januari 23,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.397727 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list