CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15458|Reply: 0

Lelaki sanggup mengemis untuk belanja kahwin

[Copy link]
Post time 22-1-2025 09:50 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar menunjukkan lelaki itu berdiri di tepi jalan sambil memegang kotak sumbangan. - TikTok


JAKARTA – Seorang lelaki di wilayah Aceh, Indonesia mengundang perhatian ramai kerana sanggup mengemis di jalanan untuk mengumpul duit belanja kahwin, lapor portal berita Tribunnews semalam.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @sipalinggpp memaparkan lelaki bernama Muhajir itu berdiri di tepi sebatang jalan sambil memegang kotak sumbangan.

Kotak yang dibawanya itu bertulis ‘sumbangan ikhlas untuk modal perkahwinan Muhajir’.

Dia tetap teguh berdiri meskipun tidak ramai orang yang mahu membantunya.

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial.

“Adakah lelaki seperti ini sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga?” komen seorang netizen. – AGENSI

Januari 22, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:11 AM GMT+8 , Processed in 1.056946 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list