CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10994|Reply: 0

Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat, tanah runtuh di Jawa Tengah

[Copy link]
Post time 22-1-2025 06:32 PM | Show all posts |Read mode

Angka korban akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Pekalongan, Jawa Tengah, meningkat kepada 19 orang selepas dua lagi mayat ditemukan pada pagi Rabu.

JAKARTA - Angka korban akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Pekalongan, Jawa Tengah, meningkat kepada 19 orang selepas dua lagi mayat ditemukan pada pagi Rabu, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan mencari serta menyelamat (SAR) terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.

"Kerugian material termasuk dua rumah rosak teruk, dua jambatan, tiga kenderaan, sebuah kafe, dan tiga jalan yang terhalang akibat runtuhan tanah," kata jurucakap BNPB, Abdul Muhari, dalam satu kenyataan.

Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran dengan laluan yang terhalang akibat tanah runtuh dan terpaksa menggunakan jalan alternatif melalui Kali Bening di Banjarnegara kerana jambatan di Pekalongan musnah.

Agensi Pengurusan Bencana Pekalongan sedang menilai kerosakan dan jumlah mangsa, manakala pasukan penyelamat kekal berjaga-jaga terhadap kemungkinan tanah runtuh susulan cuaca yang tidak menentu, kata beliau. - Bernama

Januari 22/1/2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.057025 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list