CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12081|Reply: 0

Ketua tentera Israel letak jawatan

[Copy link]
Post time 22-1-2025 04:57 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Staf Tentera Israel, Herzi Halevi, yang meletakkan jawatan kerana gagal mencegah serangan Hamas pada 7 Oktober 2023. - Foto AFP

BAITULMAQDIS: Ketua tentera Israel meletak jawatan semalam, bertanggungjawab atas kegagalannya untuk mencegah serangan Hamas pada 7 Oktober 2023, beberapa hari selepas gencatan senjata Israel-Hamas berkuat kuasa sejak Ahad lalu.

Dalam surat peletakan jawatannya, yang dikeluarkan oleh tentera, Leftenan Jeneral Herzi Halevi berkata, beliau berundur 'disebabkan pengakuan tanggungjawab saya atas kegagalan (tentera) pada 7 Oktober'.

Namun, tambah beliau, pengunduran dan pelepasan jawatannya diumumkan ketika pasukannya sudah mencapai satu kejayaan ketara di medan perang.

Halevi bagaimanapun mengakui matlamat perang Gaza belum sepenuhnya tercapai serta mahu tentera terus berjuang untuk memusnahkan Hamas, membawa balik tebusan dan membolehkan warga Israel yang dipindahkan ekoran serangan pada 2023 pulang ke rumah masing-masing.


Tidak lama selepas pengumumannya, Mejar Jeneral Yaron Finkelman, yang mengetuai tentera di selatan Israel dan bertanggungjawab ke atas Gaza, turut meletakkan jawatan.



Serangan Hamas, yang paling maut dalam sejarah Israel, mengakibatkan kematian 1,210 orang, kebanyakannya orang awam, menurut pengesahan rasmi pihak Israel.

Ia mencetuskan perang yang memusnahkan sebahagian besar Gaza dan menurut Kementerian Kesihatan di wilayah kendalian Hamas itu, sudah membunuh 47,107, majoriti daripada mereka orang awam.

Dalam ucapan di televisyen beberapa jam selepas mengumumkan peletakan jawatannya, Halevi berkata, kempen ketenteraan Israel itu sudah membunuh hampir 20,000 anggota Hamas.

Serangan 7 Oktober 2023 itu turut menyaksikan 251 orang dijadikan tebusan, menyebabkan rakyat Israel trauma dan mencetuskan krisis yang tidak pernah berlaku sebelum ini khususnya oleh kepimpinan tertinggi negara itu.

Difahamkan 91 tebusan masih dalam tawanan, dengan 34 daripadanya, menurut tentera Israel, sudah mati.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berikrar pada awal perang untuk menghancurkan Hamas dan membawa pulang semua tebusan.

Ketua pembangkang Israel, Yair Lapid pada Selasa menyeru Netanyahu untuk mengikuti contoh Halevi.

Sambil berkata dia memberi tabik hormat kepada peletakan jawatan ketua tentera, Lapid menambah: "Kini, sudah tiba masanya untuk mereka bertanggungjawab dan meletakkan jawatan - perdana menteri dan seluruh kerajaannya atas bencana yang mereka sebabkan".

Januari 22/1/2025  sumber








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.236291 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list