CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11628|Reply: 0

7 maut, tanah runtuh di Pekalongan

[Copy link]
Post time 22-1-2025 04:34 PM | Show all posts |Read mode

ORANG ramai berjalan melalui lokasi tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat dua hari lalu di Kampung Mudal, dekat bandar Pekalongan di Jawa Tengah pada 22 Januari 2025. FOTO AFp


Pekalongan, Indonesia: Ratusan penyelamat mencari di sebalik lumpur tebal untuk mencari mangsa yang terselamat pada Rabu, selepas kejadian tanah runtuh di sini yang dicetuskan hujan mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang dan menyebabkan sembilan hilang.

Hujan lebat di kawasan pergunungan berhampiran bandar Pekalongan di wilayah Jawa Tengah mencetuskan tanah runtuh pada Isnin lalu, menyebabkan jambatan runtuh, dan menimbus kereta serta rumah.

Agensi mencari dan menyelamat Basarnas dalam satu kenyataan hari ini berkata, jumlah korban kekal tidak berubah dari Selasa iaitu 17 maut, sembilan hilang dan 13 cedera.

Tetapi satu lagi mayat ditemukan, kata seorang pegawai tempatan, Mohammad Yulian Akbar kepada AFP lewat Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa kepada 18 orang.

Jentera berat dikerahkan untuk mengosongkan laluan jalan untuk pasukan pencarian dan kira-kira 200 anggota penyelamat dihantar untuk membantu, kata Akbar.

"Fokus adalah untuk mencari mangsa," katanya sambil menambah kerajaan tempatan mengisytiharkan darurat di daerah itu selama dua minggu.

Kawasan paling teruk terjejas ialah Kampung Kasimpar, di mana tanah runtuh melanda sebuah kedai kopi dan orang ramai yang cuba berlindung daripada hujan.

Polis, askar dan sukarelawan menyertai pencarian bersama pekerja penyelamat, di lokasi terletak kira-kira 90 kilometer di barat kota Semarang.

Tetapi usaha-usaha dihentikan seketika pada Selasa kerana hujan lebat di kawasan itu.

Ramalan cuaca untuk tiga hari akan datang menunjukkan hujan sederhana yang boleh menyebabkan banjir, banjir kilat dan tanah runtuh.


Disiarkan pada: Januari 22, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.038094 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list