CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11611|Reply: 0

Pulang ke rumah, tapi mahu tinggal di mana?

[Copy link]
Post time 22-1-2025 04:32 PM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK Palestin yang kehilangan tempat tinggal mendirikan khemah di kejiranan Al-Shujiyya di Bandar Gaza, pada 21 Januari 2025. FOTO AFP

Baitulmaqdis: Ramai rakyat Palestin yang berjalan kaki atau menaiki beca keletihan akibat perang di Gaza mula kembali ke runtuhan rumah mereka Selasa lalu, iaitu pada hari ketiga gencatan senjata antara Israel dan Hamas.

Gencatan senjata berkuat kuasa pada Ahad lalu selepas konflik selama 15 bulan dengan penyerahan tiga tebusan pertama yang ditahan oleh Hamas, dan pembebasan 90 rakyat Palestin dari penjara Israel.

Kini, perhatian beralih kepada pembinaan semula Gaza yang hancur, susulan kempen ketenteraan Israel untuk menghapuskan Hamas.

Operasi ketenteraan Israel itu sebagai tindak balas terhadap serangan kumpulan pejuang itu ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.

Sebahagian penduduk Gaza tidak dapat mengenali kediaman dan membelakangi kawasan kejiranan yang hancur untuk kembali ke khemah tempat mereka berteduh sejak beberapa bulan lalu.

Sementara yang lain mula membersihkan runtuhan untuk cuba bergerak kembali ke runtuhan rumah mereka.

"Kami sedang membersihkan rumah dan membuang serpihan runtuhan, supaya dapat pulang ke rumah.

"Itu adalah selimut, bantal, tiada apa yang tinggal di rumah itu," kata wanita Palestin, Walaa El-Err, sambil menunjukkan ke arah barang di rumahnya yang musnah akibat dibom di Nuseirat, sebuah kem pelarian berusia beberapa dekad di tengah Gaza.

Katanya, perasaan untuk kembali ke kawasan kejiranannya tidak dapat digambarkan.

Dia berjaga sepanjang malam pada Sabtu lalu menunggu gencatan senjata berkuat kuasa pada hari berikutnya.

Bagaimanapun, keyakinan mengenai berita gencatan senjata sudah pudar.

"Apabila saya masuk ke kem, saya sebak, kerana kem kami tidak begitu, ia adalah yang terbaik.

"Apabila kami meninggalkan (rumah) semua menara (dan) rumah masih (selamat), dan tiada seorang pun daripada jiran kami terbunuh," katanya.

Di bandar Gaza di utara kawasan itu, Abla, ibu kepada tiga anak, menunggu selama beberapa jam untuk memastikan gencatan senjata diadakan pada Ahad lalu, sebelum menuju ke rumahnya di pinggir bandar Tel Al-Hawa, yang musnah akibat pengeboman Israel dan serangan darat.

Katanya, insiden itu mengerikan kerana bangunan tujuh tingkat itu 'diratakan' dan hancur seperti "sekeping biskut".


Disiarkan pada: Januari 22, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.137679 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list