CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8021|Reply: 0

Gencatan senjata: Kerja membaiki lintasan Rafah giat dijalankan

[Copy link]
Post time 22-1-2025 04:12 PM | Show all posts |Read mode

Lelaki ini memeriksa keadaan konkrit yang musnah akibat serangan Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza pada Selasa. Foto AFP

KAHERAH - Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan di lintasan sempadan Rafah di sebelah Palestin dengan rancangan untuk membuka semula pintu masuk itu dalam beberapa hari bagi memudahkan penghantaran bantuan yang lebih banyak ke Gaza, menurut laporan Agensi Anadolu (AA) yang memetik seorang pegawai kanan Mesir pada Selasa.

Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS), sebelum ia berakhir dengan gencatan senjata pada Ahad.

"Pintu masuk Rafah akan dibuka dari kedua-dua pihak dalam beberapa hari akan datang, membolehkan akses bantuan yang lebih besar," kata Gabenor Sinai Utara Mejar Jeneral Khaled Mogahed yang melakukan tinjauan ke lintasan sempadan Rafah pada Selasa, kepada akhbar tempatan Al-Watan,

Perjanjian gencatan senjata hasil perantaraan Mesir, Qatar dan AS menetapkan bahawa lintasan itu akan dibuka semula pada hari ketujuh pelaksanaannya, iaitu Sabtu ini.

Perjanjian itu juga mewajibkan kemasukan harian 600 trak bantuan ke Gaza dan menggariskan rangka kerja secara berperingkat untuk rundingan lanjut antara kumpulan Palestin, Hamas dan Israel. - Bernama-AA

Januari 22/1/2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.039367 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list