View: 8351|Reply: 13
|
Mat saleh teruja makan nasi kandar, fantastik! - "Bagaikan tidak percaya saya mula menyukainya"
[Copy link]
|
|
GEORGE TOWN – Makanan signatur Pulau Mutiara, nasi kandar kini semakin ‘digilai’ pengunjung luar negara terutama dari Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) setiap kali bercuti ke negeri ini.
Mereka juga dikatakan sanggup berhabis puluhan ringgit demi sepinggan hidangan itu.
Seorang pelancong dari Perancis yang mahu dikenali sebagai Mike, 29, tidak menyangka dapat menghabiskan sepinggan nasi kandar dengan hidangan lauk ayam, kuah ikan, telur rebus, sayur kubis dan bendi ketika mengunjungi ke Restoran Nasi Kandar Sulaiman di sini kelmarin.
“Saya teruja datang bercuti ke Pulau Pinang semata-mata untuk menikmati rasa sebenar nasi kandar.
“Ini pertama kali saya merasainya dan dapat menghabiskan hidangannya sehingga tiada satu (baki lauk) yang tertinggal.
“Rasanya terlalu fantastik dan sedap. Bagaikan tidak percaya saya mula menyukainya dan akan menjadi makanan pilihan utama setiap kali turun dari kapal terbang,” katanya ketika ditemui.
Seorang lagi pelancong dari AS memberitahu, dia mengenali makanan popular tersebut menerusi media sosial dan memilih Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan pertama pada awal tahun ini.
“Lega apabila dapat merasai keaslian sebenar hidangan nasi kandar dengan lauk ayam, daging, udang (dua ekor) dan telur rebus (dua biji) pada harga RM47 sepinggan.
“Meskipun ini kali pertama menikmatinya, tetapi saya berjaya menghabiskannya.
“Saya sanggup berhabis duit demi merasai nasi kandar asli di Pulau Pinang. Memang ia satu kepuasan,” katanya.
Sementara itu, Pengusaha Restoran Nasi Kandar Sulaiman, Mirzan Mohamed Yasin berkata, berlaku peningkatan kehadiran pelanggan di premisnya pada musim cuti akhir persekolahan kali ini sehingga 60 peratus mulai kelmarin.
“Peningkatan ini dapat dilihat mulai semalam (kelmarin) jika dibandingkan dengan minggu lalu, sebelum cuti sekolah.
“Pelancong asing seperti Indonesia, Jerman, Australia dan Perancis gemar memilih lauk ayam, ikan, daging, udang, kuah kari ikan dan sayur-sayuran dalam satu hidangan nasi kandar,” katanya.
Sumber : Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Memang la flavourful kalau nak banding dgn makanan diorang yg + salt & pepper sj |
|
|
|
|
|
|
|
Mat salleh baru tahu agaknya M'sia ni bukan restoren cina saja yang ada. |
|
|
|
|
|
|
|
boringnya. another youtuber foreign busuk wat content & nak gain follower |
|
|
|
|
|
|
|
Saya org Malaysia plak tak gemar mkn sik kandar ni
Penah la rasa sekali dolu2 tp tahla maybe yg sy mkn tu tak sedap kot
Ironinya sik daun pisang saya suka plak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pokcik memang penggemar nasi kandar. Kuah banjir, ayam bawang dan bendi + lada hijau |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaa lama x pekena nasik kandaq penang |
|
|
|
|
|
|
|
betul... nak gain follower senang saja datangmsia indonesia puji2 sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru kau tauuuuu
Dok kutuk rakyat mesia obes...
Kebanyakan makanan kat sini sedap2 ooo |
|
|
|
|
|
|
|
Obese itu boleh diwarisi. |
|
|
|
|
|
|
|
Makan la.. sedap kott.. lepaih tu balik negara masing2 mebbe dah takde |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya nasi kandar, harap tak kena 'sembelih' harga lah, dulu2 mamak ni suka letak harga ke pelancong |
|
|
|
|
|
|
|
UuU replied at 22-1-2025 11:27 AM
boringnya. another youtuber foreign busuk wat content & nak gain follower
Kan sissy? Menyampah akak sis. Dah la rakyat tempatan bowdow mudah teruja dengan mat saleh sissy. Diorang tak sedar mat saleh tu ambik kesempatan nak famous jah kekdahnya sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 22-1-2025 11:33 AM
Saya org Malaysia plak tak gemar mkn sik kandar ni
Penah la rasa sekali dolu2 tp tahla maybe yg sy m ...
Maaf akak tergelak part kau guna perkataan irony tu sissy. |
|
|
|
|
|
|
| |
|