CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28867|Reply: 7

[Jenayah] Pemilik Kolam Memancing Reda, Kolam Diracun Buat Kali Ke-21!Apa yang berlaku?

[Copy link]
Post time 21-1-2025 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pemilik Kolam Memancing Reda, Kolam Diracun Buat Kali Ke-21


Gara-gara perbuatan khianat, ratusan ikan dalam Kolam Memancing Sealion 3A, Pelabuhan Klang mati dipercayai akibat diracun.



Menurut Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sukan Memancing Malaysia (MSO), Datuk Mohd Rizwan Abdul Rahim, perbuatan khianat yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu merupakan kali ke-21 sejak MSO mengambil alih kolam berkenaan pada September 2021.

“Saya hadapi dengan tabah ujian ini dan berserah kepada Allah,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Ikan Mati & Timbul Di Permukaan Kolam
Cerita Mohd Rizwan, dalam insiden yang berlaku pada Ahad (12 Januari) lalu, kejadian berkenaan disedari oleh pekerjanya yang melihat beberapa ikan mati dan timbul di permukaan air kira-kira jam 8 pagi.

“Saya meminta mereka segera membuat pembersihan tapi keadaan semakin teruk apabila makin banyak ikan dalam kolam yang mati dan timbul.

“Selepas itu, kami segera menjalankan kerja rawatan kolam sehingga jam 1 pagi. Saya mendapati ikan-ikan berkenaan dipercayai dituba, lalu mengarahkan kolam ditutup sementara sehingga kerja pembersihan selesai,” katanya lagi.

Sampel Air Dalam Kolam Ikan Yang Dituba Disahkan Mengandungi Racun
Jelas Mohd Rizwan lagi, pihaknya telah menjalankan rawatan khas dengan membuang air kolam sedia ada bagi proses pembersihan.

Malah, sampel air kolam tersebut juga telah dihantar untuk analisis dan hasilnya mendapati air kolam berkenaan disahkan mengandungi racun.

“Saya tidak mahu tuduh mana-mana pihak, cuma yang jelas ia memang perbuatan khianat berdasarkan pengalaman kami sebelum ini,” ujarnya.

MSO Tanggung Kerugian Hampir RM100,000
Lebih teruk, dia terpaksa menanggung kerugian hampir RM100,000 akibat daripada insiden berkenaan.

Walau bagaimanapun, pihak MSO masih belum membuat laporan polis ekoran sedang fokus menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Pada masa yang sama, Mohd Rizwan turut menjelaskan kolam memancing tersebut dijangka akan beroperasi semula pada Jumaat ini sebaik sahaja selesai operasi rawatan dan pembersihan kolam.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2025 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Hujung-hujung kerja oku mental.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 09:07 AM | Show all posts
tak de cctv ke? mcm teruk sgt sampai 21kali tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 10:29 AM | Show all posts
ikan tu boleh jual ke kena lupus bawah tanah?  kenapa jahat sgt
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 11:43 AM | Show all posts
smpi 21x???
ape je tindakan yg dh dia buat?
psg cctv? report polis?
doa dan berserah?

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 12:12 PM | Show all posts
Kenapa takde cctv? Biasa nya ni punca orang dalam….siaset orang dalem
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2025 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kena racun kali pertama tu jadikan pengajaran tapi kena racun ke21 kali tu makna nya tuan kolam sendiri yang tak cerdik..duk redha sambil menyumpah kat fb takde makna nya dekkk..cctv takde, report polis pon takde jugak camne nak tahu keje siapa..boleh tuduh keliling je la
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Gemuk2 ikannya...
Ni kalau dpt buat 3 rasa ni perghhh

Kesiannya harap cari la jln elak benda ni berlaku lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.068222 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list