CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22363|Reply: 5

Tayar lori terpelanting, kena lelaki tepi jalan cedera di kaki

[Copy link]
Post time 20-1-2025 10:42 PM | Show all posts |Read mode





YAN – Seorang lelaki mengalami kecederaan pada kaki akibat terkena tayar lori yang tercabut dalam kejadian di Simpang Kuala Sungai Daun, di sini hari ini.


Pemangku Ketua Polis Daerah Yan, Asisten Superintendan Musa Rabien berkata, mangsa berusia 45 tahun dihantar ke Hospital Yan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani untuk rawatan lanjut.


“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 1 tengah hari tadi ketika mangsa berdiri di belakang kereta Proton Iswara miliknya yang diletakkan di bahu jalan.


“Dalam masa sama sebuah lori jenis Hino yang membawa muatan sekam padi dari arah Batas Paip ke Yan melalui kawasan itu sebelum satu tayar belakang sebelah kiri lori itu tercabut dan bergolek ke arah mangsa,” katanya di sini hari ini.


Katanya, mangsa tidak sempat mengelak kerana jarak yang dekat lalu terkena pada bahagian kakinya.


“Mangsa diberi bantuan oleh pengguna jalan raya dan dihantar ke Hospital Yan untuk mendapatkan rawatan.


“Pemandu lori berusia 50 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan untuk dirakam keterangan bersama lorinya untuk pemeriksaan lanjut dengan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Sumber  – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2025 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah beri kesembuhan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2025 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Again.. tak torque elok² ke tyre tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2025 11:52 PM | Show all posts
fattymah replied at 20-1-2025 03:46 PM
Again.. tak torque elok² ke tyre tu

pelik kan. kalau zaman 2000 dulu ada satu kes jenayah gini
terus berbulan2 behave takde kes . zaman sekarang sorang buat kes.
terus kes beranak pinak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2025 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 20-1-2025 11:52 PM
pelik kan. kalau zaman 2000 dulu ada satu kes jenayah gini
terus berbulan2 behave takde kes . zam ...

Laki iols kata sebab brg china.. nut tu kdg xsama.. lepas torque tu kena check ketat elok ke tak
Tapi budak la ni kerja cincai
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2025 12:06 PM | Show all posts
fattymah replied at 20-1-2025 03:58 PM
Laki iols kata sebab brg china.. nut tu kdg xsama.. lepas torque tu kena check ketat elok ke tak
T ...

atau masa perketat nut tu . tukang ketat tu merokok.
i tak boleh tengok bengkel kereta merokok masa repair kereta.

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.039715 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list