CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22301|Reply: 0

Lubang punya pasal, nyawa pekerja ladang melayang

[Copy link]
Post time 20-1-2025 10:37 PM | Show all posts |Read mode





GUA MUSANG – Seorang pekerja ladang maut apabila motosikal yang dia tunggang bertembung dengan sebuah trak semasa mengelak lubang dan jalan mendap di Jalan Felda Aring 5, di sini hari ini.


Dalam kejadian pada pukul 7.50 pagi itu, mangsa, Muhamad Khairul Nidzan Che Soh, 30, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki.


Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Honda RS150R sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Paloh 1 di sini untuk ke tempat kerja.


Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, motosikal tersebut masuk ke laluan sebelah selepas dipercayai mengelak lubang dan jalan mendap di laluannya.


“Keadaan itu menyebabkan motosikal mangsa bertembung dengan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun yang berada di laluan bertentangan.


“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.


Choon Foo berkata, pemandu trak pikap dan seorang penumpang berusia 42 tahun tidak mengalami kecederaan.


Sumber  – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.073153 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list