CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6365|Reply: 0

[Sarawak] Pendaftaran Sarawak ID dan S Pay Global di Miri bermula di Niah

[Copy link]
Post time 20-1-2025 12:24 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Pendaftaran Sarawak ID dan S Pay Global bagi penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk Bahagian Miri bermula di Niah hari ini hingga 20 Januari ini.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), pendaftaran diadakan di Dewan Terbuka Sepupok bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Untuk kawasan Bekenu, Beluru dan Telang Usan, pendaftaran akan dilakukan pada 21 hingga 23 Januari pada waktu sama.

Di Bekenu, penduduk boleh membuat pendaftaran mereka di Arena Sibuti Bekenu, sementara bagi penduduk Beluru, mereka boleh mendaftar di Dewan Masyarakat Beluru.

Bagi penduduk Telang Usan, pendaftaran akan diadakan di Dewan SJKC Kee Tee dan Dewan Serbaguna Kampung Long Bedian.

Untuk kawasan Marudi dan Baram, proses pendaftaran akan diadakan bermula 22 hingga 23 Januari pada waktu sama.

Dua lokasi yang terpilih ialah Dewan Suarah Baram Marudi dan Dewan Serbaguna Kampung Sungai Melinau Mulu.

Pemohon perlu membawa bersama telefon pintar dan kad pengenalan.

Sesi pendaftaran bagi daerah-daerah lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Mereka yang tidak layak boleh membuat permohonan baharu bermula 1 Februari hingga 31 Mac.

SKAS akan dikreditkan terus ke dalam akaun SPay Global penerima mulai 18 Februari depan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dipetik sebagai berkata, bantuan itu merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Sarawak untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus dipelihara.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.053267 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list