CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7770|Reply: 0

[Sarawak] Bazar TBC di Pintu Gerbang Sibu platform pertukaran budaya

[Copy link]
Post time 20-1-2025 11:23 AM | Show all posts |Read mode


Ting (enam kanan) mewakili Tiong merasmikan Bazar TBC di Pintu Gerbang Sibu, malam Jumaat bersama (dari tujuh kanan) Wong, Lau, Ling serta yang lain. - Gambar Peter Boon

SIBU: Bazar Tahun Baharu Cina (TBC) di Pintu Gerbang Sibu merupakan platform terbaik untuk pertukaran budaya, selain mempunyai potensi menarik pelancong domestik dan antarabangsa, kata Datuk Seri Tiong King Sing.  

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu, bazar tersebut memberikan peluang kepada komuniti lain untuk mendalami budaya Cina.

“Melalui interaksi dan perkongsian seperti ini, kita bukan sahaja dapat memelihara tradisi, tetapi juga membolehkan pelbagai budaya mencetuskan idea baharu yang lebih cemerlang.

”Ini merupakan platform pertukaran budaya hebat yang memberikan peluang kepada komuniti lain untuk mendalami budaya Cina,” ujarnya.

Teks ucapan Ahli Parlimen Bintulu itu dibacakan oleh Setiausaha Politik kepada Premier, Joshua Ting yang mewakili beliau semasa pelancaran Bazar TBC tersebut, malam Jumaat.

Bazar yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sibu (SCCCI) itu berlangsung dari 17 hingga 26 Januari ini.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh, Presiden SCCCI Datuk Lau Cheng Kiong dan tetamu lain.

Tiong berkata, sepanjang 10 hari akan datang, acara itu menawarkan peluang kepada rakan-rakan daripada semua etnik untuk mengalami kemeriahan sambutan TBC.

Pelawat boleh menikmati hidangan tradisional autentik, membeli barangan perayaan, dan menikmati gabungan sempurna antara budaya tradisional serta kreativiti moden, katanya.

Dari segi ekonomi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong itu menekankan bazar itu menyediakan peluang perniagaan yang berharga kepada usahawan tempatan, merangsang aktiviti ekonomi, dan menyuntik tenaga kepada masyarakat.

Bagaimanapun katanya, kepentingan bazar itu melangkaui sambutan perayaan kerana ia memberi inspirasi kepada potensi tanpa batasan Sibu.

“Melalui acara seperti ini, kita boleh terus meletakkan Sibu sebagai sebuah bandar di mana budaya menjadi nadi dan dinamik ekonomi menjadi pemacu utamanya.

“Dari penyertaan komuniti dan kedatangan pelawat hingga kepada penciptaan perniagaan, semua elemen ini menyumbang kepada masa depan yang lebih cerah untuk Sibu,” kata Tiong.  

Pada majlis sama, Tiong turut mengumumkan pemberian geran sebanyak RM15,000 kepada SCCCI melalui Ting.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.036258 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list