CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9706|Reply: 0

[Sarawak] 55 kanak-kanak Program Berkhatan Beramai-Ramai anjuran LAKIL

[Copy link]
Post time 20-1-2025 10:13 AM | Show all posts |Read mode


Mahmud (berdiri, lima kiri), Jamil (tujuh kiri) dan ahli jawatankuasa LAKIL Limbang bergambar bersama sebahagian kanak-kanak yang menyertai Program Berkhatan Beramai-Ramai di Limbang hari ini.

LIMBANG: Seramai 55 kanak-kanak termasuk dari luar bandar menyertai Program Berkhatan Beramai-Ramai anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Limbang (LAKIL) di sini, hari ini.

Bendahari LAKIL Mahmud Amit berkata, program yang dianjurkan sejak 20 tahun lepas itu memberi peluang kepada kanak-kanak berkhatan sebaik memulakan cuti persekolahan.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Baitul Iman Daerah Limbang Penghulu Jamil Bakar.

"Program ini merupakan salah satu takwim tahunan LAKIL dengan kerjasama Kesatuan Perkhidmatan Perubatan Sarawak Cawangan Limbang," katanya kepada media.

Mahmud berkata, program itu merupakan salah satu usaha pihaknya untuk membantu ibu bapa menunaikan kewajipan mereka tanpa mengeluarkan kos yang membebankan.

Beliau berkata, selain melaksanakan sunah Rasulullah SAW, amalan berkhatan bukan sahaja meningkatkan kebersihan, malah terbukti dapat mengurangkan risiko beberapa jenis penyakit dan akan diteruskan setiap tahun.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.128143 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list