CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12003|Reply: 0

[Sarawak] Bekas Datuk Bandar Kuching Utara antara 4 ditahan pengubahan wang haram

[Copy link]
Post time 20-1-2025 06:31 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 19-1-2025 10:32 PM



Kuala Lumpur: Empat individu termasuk bekas Datuk Bandar Kuching Utara ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan kes pengubahan wang haram.

Kesemua suspek berusia antara 52 hingga 67 tahun itu ditahan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) dalam serbuan Op Ragata pada semalam dan hari ini.

Penahanan itu menjadikan keseluruhan sembilan individu ditahan dalam operasi di Sarawak dan Pulau Pinang, sejak minggu lalu.

Ketua AMLA Bukit Aman Datuk Muhammed Hasbullah Ali berkata, tangkapan masing-masing dua lelaki dan wanita itu dilakukan di dua lokasi berasingan di Kuching, Sarawak.

"Kita (AMLA) menahan empat individu termasuk bekas datuk bandar dan pengarah sebuah syarikat bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.

"Hasil penahanan itu, polis turut merampas 32 fail dokumen di sebuah syarikat yang disyaki mempunyai kaitan dengan aktiviti terbabit," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, dua suspek ditahan reman selama dua hari sehingga esok untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan empat individu termasuk ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat penyiaran di Sarawak ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes pengubahan wang haram.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, keempat-empat suspekmembabitkan CEO, isteri, anak dan adik iparnya berusia antara 20 an hingga 60 an itu disiasat AMLA Bukit Aman.

Razarudin dilaporkan berkata, tangkapan dilakukan susulan maklumat risikan dan maklumat mendapati terdapat pengaliran wang mencurigakan dikenal pasti membabitkan beberapa akaun bank sejak 2017 hingga September tahun lalu.

Menurutnya, suspek disyaki turut menipu tender selain menganugerahkan tender kepada diri sendiri dan ahli keluarga.

Hasil daripada serbuan dijalankan, pelbagai aset membabitkan kenderaan, akaun bank dan dokumen dianggarkan bernilai RM17.4 juta disita.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.032597 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list