CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24819|Reply: 0

[Sabah] Jangan naikkan harga barangan semasa musim perayaan

[Copy link]
Post time 19-1-2025 11:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 19-1-2025 10:24 PM



DAVID

KOTA KINABALU: Yayasan Pengguna Nasional Malaysia (YPNM) Cawangan Sabah menyeru para peniaga agar bertanggungjawab dan tidak menaikkan harga barangan keperluan semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengerusi Cawangan Sabah Yayasan Pengguna Nasional Malaysia (YPNM), David Chan berkata, kenaikan harga yang tidak munasabah akan membebankan pengguna, terutamanya dalam tempoh di mana perbelanjaan sudah sedia tinggi.

"Kami juga mengingatkan peniaga yang menyediakan hamper perayaan agar memastikan semua barangan yang dimasukkan adalah berkualiti dan tidak hampir tarikh luput.

"Tindakan memasukkan barangan hampir tamat tempoh bukan sahaja tidak beretika, tetapi juga memalukan pembeli yang memberi hamper ini sebagai hadiah kepada rakan dan keluarga,"  katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, pihaknya turut menerima aduan mengenai harga ayam yang dijual pada kadar RM16.50 sekilogram.

Katanya, harga itu melebihi harga kawalan yang ditetapkan oleh kerajaan. Peniaga diingatkan bahawa barangan keperluan yang tertakluk kepada kawalan harga mesti dijual pada atau dibawah harga yang ditetapkan.

"Tindakan mengambil kesempatan atas permintaan tinggi semasa musim perayaan adalah tidak beretika dan melanggar hak pengguna.

"Pengguna yang mendapati terdapat ketidakpatuhan terhadap harga kawalan atau amalan tidak beretika digalakkan membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui saluran WhatsApp: 019-2794317 atau 088-484368 dan [email protected]," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.046223 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list