CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23213|Reply: 0

[Sarawak] SABATI terima sumbangan RM246,000 daripada One Medicare dan Biomedix Solution

[Copy link]
Post time 19-1-2025 01:23 AM | Show all posts |Read mode


Juma'ani (empat kanan) bersama ahli SABATI lain menerima sumbangan pada majlis di Wisma SABATI, hari ini. - Gambar Facebook Sarawakku

KUCHING: Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) hari ini menerima sumbangan bernilai RM246,000 daripada One Medicare Sdn Bhd dan Biomedix Solution Sdn Bhd.

Memetik Facebook Sarawakku, majlis penyerahan sumbangan tersebut berlangsung di Wisma SABATI dan dihadiri oleh Presiden SABATI Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tuanku Bujang.

Mesin ultrasound jenama Canon tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Radiologi Hospital Umum Sarawak (HUS).

Dengan penambahan mesin tersebut, masa menunggu pesakit untuk pemeriksaan ultrasound dijangka dapat dikurangkan daripada empat hingga lima bulan kepada dua hingga tiga bulan.

Selain itu, ia juga memungkinkan pengesanan awal penyakit, meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada penduduk Sarawak.

Sebelum ini, pada 30 September 2024, OCIM Sdn Bhd telah menyumbangkan mesin ultrasound bernilai RM130,000 kepada Unit Radiologi HUS melalui kerjasama dengan SABATI.

Sumbangan tersebut telah membantu mengurangkan masa menunggu pesakit dan meningkatkan keupayaan diagnostik hospital.

SABATI terus komited dalam menyokong sistem penjagaan kesihatan dengan bekerjasama bersama penyumbang korporat untuk menyediakan peralatan perubatan yang diperlukan oleh hospital-hospital tempatan, termasuk Hospital Umum Sarawak (HUS).

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Presiden I SABATI Dato Doreen Mayang Uggah, Timbalan Presiden II SABATI Dato Dayang Morliah Awang Daud dan Bendahari Kehormat SABATI Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin.

Hadir sama Pengasas dan Penasihat OBYU Group Tan Sri Bustari Yusuf, Pengerusi OBYU Holdings Sdn Bhd & Biomedix Solutions Sdn Bhd Dato Ahmadi Yusoff, Timbalan Pengarah (Perubatan) II HUS Dr Alex Kim Ren Jye, Ketua Jabatan Radiologi HUS Dr Estrellita Elena Mohamad Tazuddin dan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Veronica Lugah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.214708 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list