CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23136|Reply: 0

[Sarawak] Banjir surut, PPS Kompleks Sukan Kanowit ditutup

[Copy link]
Post time 19-1-2025 01:20 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 18-1-2025 05:21 PM



Agensi keselamatan mengemas khemah di PPS Kompleks Sukan Kanowit selepas ia diisytiharkan tutup, hari ini.

SIBU: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kompleks Sukan Kanowit telah ditutup dengan rasminya, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, PPS tersebut ditutup pada jam 2 petang.

"Setelah mengambil kira situasi banjir yang kian pulih, semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Dengan ini, PPS di Kompleks Sukan Kanowit ditutup dengan rasminya," katanya dalam satu kenyataan.

PPS itu menempatkan mangsa-mangsa banjir dari Rumah Leo Bakam dan Rumah Alice Jimmy masing-masing dari Nanga Lipus, Rumah Alexander Batu 12, Rumah Geoffrey dan Rumah Joseph James di Rantau Kemiding.


Mangsa banjir dihantar pulang selepas PPS Kompleks Sukan Kanowit diisytiharkan tutup, hari ini.

Seramai 22 ketua isi rumah (KIR) yang merangkumi 44 mangsa keseluruhannya telah ditempat di situ sejak dibuka pada Isnin lalu.

Sementara itu, JPBNS memberitahu PPS di Dewan Datuk Aaron di Bawan tidak mengalami perubahan dan masih dibuka dengan menempatkan seramai 15 KIR yang merangkumi 37 mangsa keseluruhan.

"Kesemua mangsa adalah penduduk Rumah Paulus Yan, Nanga Bawan, Jalan Nibong-Tada yang kehilangan tempat tinggal mereka disebabkan kejadian kebakaran pada Rabu lalu," tambahnya lagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.367105 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list