CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17562|Reply: 0

[Sarawak] Keadaan di lokasi banjir di Sibu beransur pulih

[Copy link]
Post time 18-1-2025 03:57 PM | Show all posts |Read mode


Aliran trafik di Jalan Lanang lancar apabila banjir semakin pulih di Sibu, hari ini.

SIBU: Keadaan banjir di sini beransur-ansur pulih mulai petang Khamis.

Tinjauan Utusan Borneo hari ini mendapati jalan-jalan yang ditenggelami air sebelum ini sudah dapat dilalui semua kenderaan seperti biasa.

Antaranya, Jalan Salim-Stabau, Jalan Sungai Assan, Jalan Ling Kai Cheng, Jalan Lanang dan Jalan Penyulau-Kanowit.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kanowit kekal dibuka di Kompleks Sukan Kanowit dan Dewan Datuk Aaron, Bawan.

Menurutnya, PPS Kompleks Sukan Kanowit menempatkan mangsa banjir manakala Dewan Datuk Aaron menempatkan mangsa kebakaran di Rumah Paulus Yan, Nanga Bawan, Jalan Nibong-Tada.

"Jumlah mangsa kebakaran di PPS Dewan Datuk Aaron, Bawan meningkat setakat jam 12 tengah hari dengan 15 ketua isi rumah (KIR) yang merangkumi 37 mangsa keseluruhan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi PPS Kompleks Sukan Kanowit ia menempatkan 22 KIR yang merangkumi 44 mangsa.

Ujarnya lagi, mangsa-mangsa banjir berkenaan adalah dari Rumah Leo Bakam dan Rumah Alice Jimmy masing-masing di Nanga Lipus, Rumah Alexander di Batu 12 serta Rumah Geoffrey dan Rumah Joseph James di Rantau Kemiding.

"Jumlah keseluruhan KIR dan mangsa yang ditempatkan di kedua-dua PPS tersebut adalah seramai 37 KIR dan 81 mangsa," tambahnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.274887 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list