CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27332|Reply: 2

[Pulau Pinang] 50 pekerja restoran makanan laut warga asing kena angkut

[Copy link]
Post time 17-1-2025 07:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 17-1-2025 07:03 PM

50 pekerja restoran makanan laut warga asing kena angkut

MOHD ISKANDAR OTHMAN
17 Januari 2025 02:28pm




Dalam serbuan Ops Selera itu, pekerja warga asing tidak sempat melarikan diri selepas restoran terbabit dikepung oleh pasukan serbuan yang menyamar sebagai pelanggan.




BATU KAWAN - Operasi perniagaan sebuah restoran makanan laut terkemuka di Jeti Batu Musang di sini, tergendala selepas hampir keseluruhan pekerjanya ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang, pada Selasa lalu.

Dalam serbuan Ops Selera jam 9 malam itu, pekerja warga asing yang bertugas sebagai pelayan, penghantar makanan dan pekerja pembersihan tidak sempat melarikan diri selepas restoran terbabit dikepung oleh pasukan serbuan yang menyamar sebagai pelanggan.



]
Lelaki warga Bangladesh antara 30 yang ditahan.




Difahamkan, mereka yang bekerja di bahagian dapur juga tidak sempat melarikan diri atau bersembunyi selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim berkata, dalam operasi itu seramai 50 orang pekerja warga asing diperiksa dan mendapati kesemua mereka melakukan kesalahan melanggar syarat pas pekerja selain tidak mempunyai pas yang sah.



]
Antara warga asing yang ditahan dalam Ops Selera yang dilakukan JIM Pulau Pinang pada Selasa lalu di sebuah restoran makanan laut di Batu Kawan.




Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh perempuan dan 13 lelaki warga Thailand serta 30 lelaki warga Bangladesh.

"Serbuan Op Selera yang dilakukan di premis makanan yang tular di laman TikTok ketika ini dibuat susulan aduan yang diterima berikutan ramai warga asing yang bekerja di sini tanpa pas atau permit yang sah.


"Kesemua warga asing yang ditahan berusia 20 hingga 40 tahun dibawa ke Depoh Imigresen untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian di sini, pada Jumaat.

Katanya, kesemua mereka akan disiasat atas kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah dan Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas.

Selain itu, tambahnya siasatan ke atas majikan dan pemilik premis akan dilakukan serta dikenakan tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang.


https://www.sinarharian.com.my/article/707732/berita/semasa/50-pekerja-restoran-makanan-laut-warga-asing-kena-angkut


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2025 07:58 PM | Show all posts
Bos restauran tu pun patut kena angkut sekali. Hardcore sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 08:10 PM | Show all posts
Macamana la local customers boleh lalu nak makan/minum. 50 pati bersarang situ + package bawa virus/kuman. Sigh....  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.835301 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list