CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6975|Reply: 2

PM lancar ladang solar tenaga boleh baharu TNB di UK

[Copy link]
Post time 17-1-2025 09:09 AM | Show all posts |Read mode





LONDON: Tenaga Nasional Bhd (TNB) terus memacu perkembangan pesat Malaysia dalam pasaran tenaga boleh baharu (RE) global dengan pelancaran ladang solar berkapasiti 102 megawatt (MW) Eastfield dan Bunkers Hill di United Kingdom (UK).


Ladang solar itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.


Perbadanan utiliti nasional itu mempunyai portfolio kasar RE (terutamanya daripada aset penjanaan tenaga solar dan angin) berjumlah 1.3 gigawatt (GW) dalam operasi dan pembangunan di seluruh UK dan Ireland, serta 3.2 GW di Semenanjung Malaysia (termasuk 2.5 GW hidro besar).


Bunkers Hill di Rotherwick (66.7 megawatt puncak (MWp) dan Eastfield di Harbury (35 MWp) itu merupakan ladang solar canggih dan inovatif. Kedua-dua ladang solar itu dengan gabungan kapasiti 102 MW menonjolkan kepakaran Malaysia dalam memacu penyelesaian tenaga lestari di seluruh dunia.


Kedua-dua ladang solar dengan gabungan kapasiti 102 MW itu disasar mencapai Tarikh Operasi Komersial (COD) pada awal tahun ini.


Projek tersebut yang disokong oleh skim Kontrak-bagi-Perbezaan (CfD) 15 tahun yang diperoleh pada Julai 2022 itu akan memastikan kestabilan hasil melalui penetapan harga tetap untuk penjanaan RE sambil melindungi pelabur daripada turun naik pasaran.


Pada masa ini TNB memiliki, membangun, dan mengendalikan aset RE di seluruh UK dan Ireland, termasuk projek solar darat, tenaga angin luar pesisir dan bateri.


Dua projek pembangunan solar tapak baharu yang baru siap itu, sebaik sahaja mencapai COD, akan meningkatkan jumlah kapasiti penjanaan TNB di UK kepada 908 MW.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata TNB berbangga dengan sumbangannya kepada sektor TBB ketika syarikat itu meluaskan kehadirannya bukan sahaja di Malaysia dan UK, tetapi juga di pasaran global lain.


"Kami berhasrat untuk memanfaatkan kepakaran yang telah kami bina sejak 75 tahun lalu dengan menerima pakai kemajuan teknologi dan mengutamakan pembangunan bakat," katanya dalam ucapan beliau pada majlis pelancaran tersebut. – BERNAMA




Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2025 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut kat malaysia pon buka ladang solar mcm ni juga. SG pernah nampak 1 kat tepi highway LPT dekat dgn exit gambang n satu lg kat bestari jaya.  Rasanya TNB masih lagi guna coal utk generate power
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2025 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat plus hala ke selatan & hala desaru pun ada jugak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.070825 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list